"Sesungguhnya Yang Baik Dari Allah,Yang Buruk Dari Diri Ini Sendiri"


Sunday, January 1

Renungan Tahun Baru

Assalamualaikum.

Mari kita renung-renungkan sejenak..


RENUNGKANLAH

Siapakah orang yang sombong
Orang  yg sombong adalah orang yg di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada  yang  menjadikan  kehidupan  itu  iaitu  Allah  Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian  alam. Maka bertasbihlah segala apa yg ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya
Orang  yg  telah mati hatinya adalah orang yg diberi petunjuk melalui ayat2 Qur'an,  Hadith  dan  cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya
Orang  yg  dunggu  kepala otaknya adalah orang yg tidak mahu lakukan ibadat tapi  menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yg kuat
Orang yg kuat adalah orang yg dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yg lemah
Orang  yang lemah adalah orang yg melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yg berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta
Orang  yg  buta  adalah  orang  yg  tidak  mahu  membaca  dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli
Orang  yg  tuli  adalah  orang  yang di beri nasihat dan pengajaran yg baik namun tidak di endahkannya.

Siapakah orang yang sibuk
Orang  yg  sibuk  adalah orang yg tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yg manis senyumanya
Orang  yg mempunyai senyuman yg manis adalah orang yg di timpa musibah lalu dia  kata  "Inna  lillahi  wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yg menangis airmata mutiara
Orang  yg  menangis airmata mutiara adalah orang-orang yg sedang bersendiri lalu  mengingat  akan  kebesaran  Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yg kaya
Orang  yang  kaya  adalah  orang yg bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yg sementara ini.

Siapakah orang yg miskin
Orang  yg  miskin  adalah  orang  tidak  puas dengan nikmat yg ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yg pandai .Orang  yg  pandai  adalah  orang  yang  bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yg bodoh
Orang  yg  bodoh  adalah  orang  yg beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya
Orang   yang   maju  dalam  hidupnya  adalah  orang-orang  yang  senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yg mundur hidupnya
Orang  yg  mundur  dalam  hidupnya adalah orang yg tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu
Orang  yang  gila  itu  adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat  saja  yg  memperbolehkan  akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yg rugi
Orang  yg  rugi  adalah  orang yg sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yg selalu ditipu
Orang  yg selalu di tipu adalah orang muda yg menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yg paling cantik
Orang yg paling cantik adalah orang yg mempunyai akhlak yg baik.

Siapakah orang yg mempunyai rumah yg paling luas
Orang  yg  mempunyai rumah yg paling luas adalah orang yg mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yg mempunyai rumah yg sempit lagi dihimpit
Orang  yg  mempunyai  rumah  yg  sempit  adalah orang yg mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yg mempunyai akal
Orang  yg  mempunyai  akal  adalah  orang-orang  yang menghuni syurga kelak kerana  telah  mengunakan  akal  sewaktu  di  dunia untuk menghindari siksa neraka.

Moga kita menjadi insan yang lebih positif dari semua aspek kehidupan di Tahun Baru Ini 2012.Misszue ucapkan selamat maju jaya dan moga2 azam kita tahun ni dicapai dengan cemerlang lagi terbilang.Tapi azam yang positi jek..hihi

p/s: Tolong misszue klik SINI. dan SINI



Sekian. Selamat BerBlogger.
Sumber foto :Google
Sumber Artikel: Email

2 0 komen terbaek!!:

My Life's Journey said...

Entri yang hebat bagi pembukaan 2012 .. wahhh mesti dear ni banyak buat rujukan ni ..mantap entri ni ..part yang manis senyuman tu, umi suke :)

Miss Zue said...

heheh:) semua dari bahan bacaan..hehehe..hehe ayuh2 umi kita bykkan senyum..hihi:)

Click for Support Me!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rajin-Rajin Komen Entri Misszue:)

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Tolong Klik Dapat Pahala!