Showing posts with label MakananDanSaya. Show all posts
Showing posts with label MakananDanSaya. Show all posts
Tuesday, December 11
~Spagetti + Donut!~
Assalamualaikum semua,
Ohsem sangat sebab cuti arini!! Misszue tak keje..
Tadi cadang nak jalan-jalan tapi ujan pulak..huhuhu..
Kesempatan yang ada ni ..Misszue update blog la kan!!
Nak kasi terliur semua orang..(eh terliur ke??)
cer tengok!!
Spagetti: prepared for my adik,my aunty n uncle.Depa mai umah sewa Misszue kat klang ni..Actually depa request masak nasi..Oh Misszue malas nak masak2 lauk..so masak jela spagetti ni.Western skali skala.
Oh! lama tak makan spagetti..Jadi tengah rajin..buat laaa
Ni Donunt ala2 dunkin donut yang tak jadi..1st trial ni.Please gelak kuat2..hodoh kan..But the taste not bad la..Ceh perasan pulak..hehe.Nak resepi?? tunggu misszue expert dulu.hihihi
Ok! DOne..
(dah lama tak update blog,macam kaku je rasa)
xoxo
by
MissZue.
Remarks: Taksabar nak tunggu harimau Malaya beraksi...
Labels:
MakananDanSaya
Wednesday, April 18
Cupcakes
Assalamualaikum semua,
Hai semua, thanks for visit..heheh dah lama misszue menyepikan diri.Bukan ape bz sejak akhir2 ni.Sampi ujung minggu pon ade aktiviti yg misszue buat.
Misszue g Kelas Cupcakes.Syok sangat.
antara ahli kumpulan Misszue .
Cupcake span yang dah siap di masak
Yang tudung purple tu mak misszue..yang kelabu tu jiran misszue
Cupcake yang siap di dacorate
Best sangat..Nanti leh wat bisnes cupcake..hihi
Labels:
MakananDanSaya,
SindromGilerBergambo;P
Monday, November 21
Ikan Goreng Tepung Masak Lemon
Salam, hari ni misszue nak share buat ikan goreng tepung masak lemon. Selalu kita dengar ayam masak lemon kan..Ni misszue buat ikan isi merah goreng tepung masak lemon..Rasanya mula2 rasa manis sket,masam dan pedas! Nak try? cer cube resepi kat bawah:)
Ikan ni miss letak banyak kuah.hehe;) sebab i like berkuah..:)
(sumber foto:lensa buruk misszue;p)
Bahan-bahan:
- Ikan Isi Merah(5 ketul-dah dipotong).Kalau beli kat pasar biasanya seekor tu dia siap2 potong.
- Lemon(sebelah jek)
- Cili kecik hijau(5-6 biji)
- Tepung gandum
- Tepung Jagung
- Bawang Putih dan halia(dihiris untuk menumis)
- Minyak Masak
- Gula(2 sudu)
- Garam
Cara-cara Membuat:
Ikan:
- Ikan tadi dicuci dengan limau kasturi(xkisah limau ape pon).
- Pastu gaul dengan kunyit dan garam.
- Masukkan tepung ke dalam pinggan,amik ikan tadi dan gaulkan.
- Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng sehingga keperang-perangan.Sampai masak ler tu..
Kuah@ sos lemon
- Kisar cili dan bawang besar(separuh jek)
- Panaskan sedikit minyak agak2 2sudu teh.
- Tumis bawang putih dan halia yang telah dipotong.Dah naek bau dan warna kekuningan.
- Masukkan cili tadi yang telah dikisar.
- Biarkan cili tu masak lama sedikit.Agak2 dah mendidih.Tambah air dalam 2 cawan.
- Masukkan perahan lemon yang separuh.
- Masukkan secubit garam(secukup rasa)
- Masukkan gula(2 sudu).Ikot cita rasa masing2.Kurangkan gula pon ok..manis sikit2 jek
- Bancuh 1 sudu kecik tepung jagung dengan air suam.Masukkan kedalam kuah tadi supaya dia jadi pekat
- Biarkan mendidih.Dah masak. Tuang sos /kuah ke atas ikan yang telah di goreng tadi..Dah siap! SELAMAT MENCUBA.
Labels:
MakananDanSaya
Sunday, November 20
Kentang Goreng Sedap Dan Murah
Selalu kita beli fries yang ready made kan.Mahal gak.(eleh padahal xde mahal sgt).Sedap jugak.Tapi kali ni,misszue nak share dengan semua readers resepi mudah yang sering kali family misszue buat untuk makan sebagai junk food.Kalau kat rumah,pantang ade ubi kentang je,mesti kalut nak buat kentang goreng ni,Senang!Simple!Sedap! dan paling bermakna MURAH!..haha:)
Plz try lepas tengok:).tak susah senang jek..xamik masa lama pon;)
Kentang Goreng yang telah siap di masak:)
(sumber: lensa buruk MissZue:P)
Bahan-bahan:
- Ubi Kentang
- Tepung Gandum
- Garam
- Minyak Masak
Cara-cara Menbuat:
- Ubi kentang.Murah jek sekilo RM1.50.Kupas kulit dah dipotong panjang2 seperti dalam gambar diatas.
- Ambil tepung gandum dan letak dalam bekas.Kemudian ambil ubi kentang yang telah dipotong tersebut dan masukkan ke dalam tepung tadi.Gaulkan.
- Panaskan kuali dan masukkan minyak untuk menggoreng.Letak sedikit garam dalam 1camca kecil ke dalam minyak yang dipanaskan tadi.
- Goreng ubi kentang yang telah siap digaul dengan tepung sehingga warna kekuningan.Dan SIAP!!.Boleh dihidang sebagai junk food sambil menonton TV!!.Simple kan! Orang2 bujang sila la try!
Labels:
MakananDanSaya
Puding Roti Ala Bandung Simple
Salam, kembali dengan resepi baru,Puding Roti Ala Bandung yang simple. Sesuai di nikmati tea time. Selalu kita tengok orang buat Puding roti kismis. Kali ini nak share puding roti yang telah diengineerkan menjadi lebih menarik.hehe..Puding roti ala bandung.Bukan datang dari Bandung,Indonesia..bukan..bukan..ni kaler je warna pink ala2 air bandung gitu..:).
Feel free to try ya my lovely reader.Keep smile then u will feel happy whole day:)
Bahan-bahan:
(sumber: misszue curi dan edit dari google:p )
Cara-cara Membuat:(4keping roti)
- Pecahkan dan kacau dalam bekas 1biji telur+ 1sudu kecik esen vanilla+ gula( 1/3 cawan gula)
- Masukkan susu. Boleh pilih nak susu cair or pekat. Kalau guna susu pekat.(2/3cawan susu pekat+1/3cawan air suam).Manakala kalau nak guna susu cair,tambah gula utk tambah kemanisan.(ikot selera korang la,nak manis ke x).Sukatan susu cair pulak(guna 3/4tin susu cair).
- Masukkan secubit garam.Untuk kasi rasa lemak.
- Masukan satu sudu teh besar sirap.Kacau la sampai sekata.
- 4 keping roti disapu marjerin or butter.Gune marjerin sapu kat loyang jugak supaya xmelekat nanti.Roti tersebut dipotong dan disusun dalam loyang tersebut.
- Tuang aduanan yang first tadi keatas susunan roti dalam loyang.Ratakan.Tabur ceri or kismis diatas dan kukus selama 10-15minit.
- Apabila siap,sejuk kan diluar dan masukkn ke dalam peti ais.Siap!!! Boleh Makan.:) Boleh jugak diserve sebagai dessert..SEDAPP OOO..try jangan tak try.
Bawah ni gambar Puding Roti Ala Bandung yang misszue buat.haha
(sumber: lensa buruk misszue)
Labels:
MakananDanSaya
Saturday, November 7

ni kentang goreng shahid..serius aku xreti nk buat sndiri..n aku br je th cmna nk buat..sgguh senang rupanye..
Labels:
MakananDanSaya
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tolong Klik Dapat Pahala!

