p/s: cerita ini tiada kene mengena antara hidup mahupon yang telah tiada.Hanya imiginasi semata-mata
Showing posts with label KaryaSempoiKu. Show all posts
Showing posts with label KaryaSempoiKu. Show all posts
Saturday, February 25
Diari Cintaku~Part 2
Diari Cintaku~By Misszue

sumber: ihsan google
Part
2
Seminggu
lepas itu, aku dan dia berbuka di McD dekat shopping complex berhampiran
dengan kolejku. Secara kebetulan, kami terserempak dengan kawannya. Kecil
sungguh dunia ini. Sebenarnya, perhubungan kami masih tidak diketahui oleh
rakan-rakan terdekat aku mahupun dia. Kononnya kami ingin rahsiakan perhubungan
kami daripada pengetahuan sesiapa. “Biarlah
rahsia.”, bak kata Siti Nurhaliza,penyanyi nombor satu negara kita tu.
Nak tak nak
kami terpaksa menyapa kawan-kawannya walaupun tanpa kerelaan kami. Panjang dan
nenek panggilan yang diberi oleh teman istimewaku a.k.a boyfriend kepada kawan-kawannya.
Geli pulak rasanya nak sebut perkataan “boyfriend’’
dan “teman istimewa” tu. Macam merenyam semacam. Gatai sangat lah sedang
makanku pon masih disuap oleh mama dan papaku.
“ Oiii pakcik, ape ko buat kat
sini hah?? Patutla kitorang ajak ko keluar, macam-macam alasan ko ek??”, kata
nenek sambil mengangkat-angkat kening dan seperti memberi isyarat kepada
boyfriendku dan bertanya secara indirect
siapa aku.
“Ntahnye pakcik, ko dating
ekkkk? Sejak bila ko ade awek ni bukan ke ko tu ulat buku!”, tambah si panjang
pula. Aku hanya mendengar perbualan mereka walaupun terdetik rasa curiga
tentang status dirinya. Student ke
dia?
Panjang dan
nenek adalah pasangan bercinta seperti aku dan dia juga. Nama panjang
sebenarnya adalah azroy dan manakala nenek adalah mimi. Azroy ni seorang yang tinggi
lampai,disebabkan fizikalnya yang tinggilah kawan-kawan memanggil dengan nama
glamor si panjang. Panjang macam galah la katakan. Manakala mimi pula, mulutnya
yang seperti mak nenek mengalahkan ‘murai
tercabut ekor’ dan disebabkan itulah dia digelar nenek. Kesian dia,muda-muda
dah jadi nenek.Apa boleh buat.
“ Aaakuu, aakku..erm kenalkan,Nora
ehem ehem aku”, kata boyfriendku yang malu-malu kucing. Haha. Nak tergelak bila
lihat muka dia merah padam disebabkan malu. Aku pon malu.Serius malu beb. Tapi
apa nak buat.Dah terkantoi.Layankan ajelah.
“ Boleh kitorang join?”, kata
mimi a.k.a nenek.
Dia
memandang ke arahku isyarat tanya samada aku ok ke tak? Aku? Emm sambil
tersenyum paksa, aku mengangguk sebagai tanda merelakan.Padahal, dalam hati ni
Tuhan saja yang tahu. Saje je diorang
nak kacau daun. Baru je nak romantik-
romantik. Potong stim betulla. Hishh teruk betul aku ni bulan-bulan puasa
pon nak romantik. Astagfirullahalazim.Sedarlah wahai diriku.
“ Eh! Pakcik,ko punya assignment Mandarin dah siap ke?”, Nenek
bersuara. Pelik bunyi nya. Assignment ape?
Bukan ke dia seorang posman. Hati mula gelisah seperti ada benda yang
disembunyikan olehnya kepadaku. Ku pandang wajahnya, muka dah tak boleh blah dah.. Memang sah ada benda yang
disorokkan.Aiii bengang sungguh rasanya.Pantang aku orang menipu ni.Ada jugak
yang makan hati berulam jantung karang.Tapi
imanku masih kuat. Aku sabar je. Dengar je ape yang dia nak jawab.
“ Nanti la sembang pasal tu,”
Jawabnya sambil buat isyarat kepada nenek supaya tidak meneruskan perbualan mereka.
Aii dah lebih ni. Nampak sangat ada benda yang nak disembunyikan.
“Kenapa?? Nora tak tahu ke ko
belajar?”, Hah kantoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Dah tau mulut nenek mulut tempayan
lagi nak sorok. Aku sabar je. ‘Takpe!takpe!
Sabar Sabar’, Aku cuba menyabarkan diri. Bakat berlakon aku memang ada.Kalau
diasah memang boleh jadi superstar
dah aku ni.Aku memang berlakon sehabis baik je depan dia dan kawan-kawannya.
Aku nak jaga air muka dia. Rilek. Rilek.Tengok betapa aku ni berbudi
bahasa.Dalam hati ini, ‘Siaplah ko jap ag aku basuh! Kasi clorox sekali’,.
Panjang dari
tadi mendiamkan diri.Sama seperti aku.Kelihatan Nenek dan boyfriendku yang
banyak bercerita. Aku memang ambil langkah untuk mendiamkan diri.Maklumla orang
dah sakit hati.Kang banyak cakap ada
pulak yang makan hati kang.Better aku diam. Dia dah gelisah. Rahsia
dah bocor la katakan.Panas punggung
la tu..Ermmmm.
“Pakcik, jom kita beli
makanan,jap lagi dan nak masuk waktu berbuka.” Ajak panjang. Dia tanya aku ape
yang aku nak jamah untuk berbuka. Aku mengatakan aku ikot ja apa yang dia order. Tinggallah aku dan nenek dimeja.
Manakala dia dan panjang beratur di kaunter McD untuk membeli makanan kami. Ini
lah masanya aku nak korek rahsia.
********
Aku dan Mimi berborak rancak. Macam-macam aku
tanya.Macam-macam info tentang
aku dapat. Sah! Dia memang sedang menipu aku. Dalam senyumanku, kegeraman
didalam hati ku tahan. Aku kan profesional. Jap lagi siap aku settlekan dia. Dari kejauhan, aku nampak dia seperti gelisah. Asyik
memandang ke arahku. Tapi aku hanya memberi senyuman yang manis untuknya
seperti tiada apa-apa yang berlaku. Biasalah ada bakat berlakon kan!.
‘Betul! Betul!Betul!’,bunyi
mesejku ringtone Upin Ipin.
‘
1 message
receive from Mylove’, Mesej yang dipaparkan di telefon bimbit Samsung ku.
Aikk! Dia mesej aku? Kenapa
pulak? Aku segera membuka dan membaca mesejnya sambil aku pandang ke arahnya. Kelihatan
mukanya nampak bersalah sangat.
“ Awak sembang ape ngan nenek
tu,” tanya dia dalam mesej tersebut.
“ Takde ape-apela, kenapanya?,”
balasku
“Nanti saya explain ye sayang,jangan marah ye sayang”,
balasnya pula.
“Aiii nak explain ape nye pulak nie.Ade buat salah ngan saya ke awak?”,
balasku sambil memerlinya.Terus dia tak balas mesej terakhirku kerana telah
sampai gilirannya untuk meng’order’
makanan kami.
Sejurus
selesai membeli makanan, dia dan panjang mengambil tempat bertentangan dengan
kami. Kedudukan ku dan dia mengadap antara satu sama lain.Pandangannya kepadaku
seperti orang ingin meraih simpati. Aku berlagak seperti biasa. Dia hanya
memandangku. Tak lama selepas itu,kedengaran azan magrib berkumandang
menandakan telah masuk waktu berbuka. Dia membacakan doa berbuka mengimamkan
kami. Imam? Eh dan macam nak solat pulak. Kami berbuka dengan segera kerana itu
lebih baik dari melengah-lengahkan waktu berbuka.Usai berbuka puasa. Aku dan
dia meminta diri untuk ke surau bagi menunaikan solat magrib.Manakala panjang
dan nenek akan menyusul kemudian.
********
Sebaik saja kami berada jauh dari restoran McD tersebut. Aku
terus jalan menonong laju ke depan.
Panas hati ni.Tadi tu bersabar je. Aku berjalan dengan laju dan tinggalnya di
belakang. Dengan pantas dia menarik tangan ku.
“ Kita settle lepas solat jap lagi,” Kataku dengan serius. Muka memang
serius tahap cipanzi la. Bengang kot
orang menipu. Ingat kita ni ape.Suka hati je nak memain-main. Kemain lagi cakap
jujur.Huh!
“Sayang, maafla”,katanya.
“Saya maafkan”, kataku dengan
muka serius yang sebenarnya dia tahu aku marah.
“Jom solat jap ag abis pulak
waktu”, Kataku lagi
“Oklah”,balasnya.
Selesai solat magrib, aku saja melengah-lengahkan masa untuk
bersiap dan keluar dari surau untuk berjumpa dengannya. Ikutkan hati aku blah je tinggal dia sorang-sorang kat shopping
complex tu.Baru padan muka dia.Tapi tak sampai hati pulak. Kang macam orang gila pulak dia mencari aku.
‘Betul! Betul!Betul!’,bunyi
mesejku ringtone Upin Ipin. Sah!
Mesej darinya.
“Tak siap lagi ke sayang?”,
mesej dari nya.
“Dah!”, Jawabku sepatah.
Aku keluar dari
surau dan terus nampak mukanya. Dia tunggu betul-betul berdepan pintu keluar.
Aii takut aku lari tinggal dia ke? Detik hatiku. Emm macam tau-tau je dia ni
niat aku tadi.
“ Saya ingat awak dah balik
tinggalkan saya,” tegurnya apabila aku betul-betul berada dihadapannya.
“Nak saya wat cam tu ke?”,balasku
“Taknak ..Taknak!”, katanya
sambil mengeleng-geleng kepala seperti budak kecil yang taknak buat lagi
kesalahan apabila dimarah ibunya.Lucu pulak tengok dia macam tu.Tapi aku
keraskan hati.Ketat je muka aku ketika tu.
Kami berjalan beriringan tanpa sepatah kata. Suasana dingin
menyelubungi diri kami.
“Sayangggg..” panggilnya. “Janganlah
macam ni”, katanya
“Ermmmmm...”, tu je yang aku
mampu aku lakukan ketika itu.
“Jom balik”, Tambahku.
“Tak boleh!!!”,katanya tegas.
“Kenapa?” balasku.
“Apapon kita kena selasaikan
masalah kita dulu”,katanya lagi.
“Ada masalah ke kita ni?” Balasku
lagi.Ayat nak perli je.Biasala aku.Kalau geram perli jelah aku kerjanya.Nak
bagi dia sakit hati.
“Sayanggg, saya mintak
maaf.Saya tak berniat nak menipu awak. Ada sebab saya buat macam tu,”.Katanya
dengan bersungguh sambil menarik tanganku.
“Alamakkkkkkk!!!”, Katanya
dengan terkejut.
“Kenapa?????”, tanyaku
terpinga-pinga.Apa yang telah terjadi sebenarnya.
“Hehe..Dah batallah air
sembahyang kita,” sambungnya.Sempat lagi dia buat lawak. Aku terus merentap
tanganku.Mau tak.Aku terkejut.Ingat apa tadi. Tapi tadi memang aku nak tergelak
jugak.Cuma ego tu yang buat aku keraskan hati.Bukan boleh kasi muka dekat
dia.Kang dia pijak-pijak pulak aku masa akan datang.Fikirku. Aku berjalan
dengan cepat ke depan. Dia kejar ku. Kali ni dia tarik tangan ku dan
memberhentikan aku dari terus berjalan ke depan.Sekarang dia betul-betul berada
dihadapanku.
Tanpa sedar, air mataku bergenang di kelopak mataku. Emm cenggeng!!! Ya! Aku memang cenggeng! Aku geram sangat. Dia seperti
tak fikir apa yang aku rasa dan apa yang aku fikir tentangnya. Kenapa dia nak
menipu aku.Apa lagi dia menipuku. Jujur dan ikhlas kah dirinya
terhadapku?Berbagai-bagai persoalan yang bermain difikiranku ketika itu. Terasa
sebak didada. Hanya Allah yang tahu ape yang bermain fikiranku.
“Sayang, sorry. Sorry..sorry,”
merayu dia menghalang aku untuk terus pergi.
“Awak main-mainkan dengan
saya? Apa niat awak yang sebenarnya? Awak sebenarnya tak ikhlas kan dengan
saya? Ape salah saya pada awak?”, bertalu-talu soalan aku ajukan padanya.
“Awak..bukan bukan..bukan
macam tu,” jawabnya.”Sayang, pleaseee dengar dulu apa saya nak explain ni”,tambahnya.
“Apa awak nak tipu saya
lagi?.Cukup la tu.Saya dah tahu semuanya pasal awak.Konon posman!!.Padahal awak
tu student sekarangkan!! Amik degree kan! Pastu awak duduk bukan Shah
Alam kan?! Awak stay Bangi kan? No wonder la tadi awak datang cepat je.
Bodoh saya ni! Percayakan awak? Sedangkan awak suka hati je buat saya macamni”,bebelku
kepadanya.
*********
Aku tekad!
Aku nak balik ke kolej kediamanku sendiri.Aku nak amik cab je terus kolej.Aku berlalu. Tapi dia tahan aku. Tarik aku ke
suatu sudut yang terdapat kerusi rehat. Dia paksa aku duduk di kerusi tersebut.
“Sayang, sumpah dengan nama
Allah! Saya ikhlas dan jujur sayangkan awk! Tapi saya mengaku saya bersalah
tentang hal tu? Sumpah saya takde tipu dah selain status kerja, tempat tinggal
dan....”, terangnya kepadaku.
“Dan apa??”, potongku.Bila
kelihatan dia teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya.
“Dan saya menipu pasal umor
saya.Sebenarnya umur saya bukan 27.Saya tua setahun je dari awak, 25 baru.”,terangnya
lagi. “ Awak tak percaya,nah.. ic saya!”, tambahnya.
Aku rampas kad pengenalannya.Aku ingin memastikan nama,dan
umurnya samada betul atau pon tidak!.
“Apa motif awak menipu saya
tentang semua tu?”,tanyaku lagi.
“Saya memang berniat nak terus
terang tapi saya tunggu masa yang sesuai,tak sangka pulak boleh terserempak
dengan nenek dan panjang tu, tak pasal-pasal kantoi,” jawabnya.
“Jadi kalau kita tak
terserempak dengan diorang,bila awak plan nak terus-terang?”,tanyaku.
“Sebelum kita balik cuti raya
saya nak terus-terang.Tak sangka semua ni berlaku dengan pantas.”,jawabnya. “Saya
mintak maaf wak. Saya janji lepas ni takkan ade lagi tipu-tipu ni. Tolongla
sayang.pleaseeee sayang. pleaseee”,tambahnya.
“Emmm...”, Aku tak tahu apa
yang patut aku lakukan.Patutkah aku bagi peluang kedua kepadanya.Menipu ni small matter ke? Kalau aku teruskan
amarahku adekah ia memberi kesan positif. Dah sah- sah la tak! Sure la hubungan kami berakhir setakat
tu.Takkan dah nak putus.Kan baru je nak mula.Huh! Peningggg!!!.Aku diam
membisu.Sambil memikirkan keputusan yang terbaik untuk aku ambil.
“Sayang.. kenapa diam
ni??jangan la macam ni.At least say
something sayang..”, Dia mula gelisah kerana aku membatukan diri.Hampir
setengah jam aku membatukan diri. Cuma air mata je tak tahu malu mengalir
perlahan.
Takpe! Aku bagi peluang kedua. Mungkin ni peluang terakhir
untuk dirinya. Fikirku.
“Yelah, saya maafkan
awak..tapi janji jangan buat lagi k.”, aku bersuara.
Tiba-tiba dia menjerit.”Yessssssssss!”, dia seolah-olah
melompat kegembiraan kerana aku beri peluang kedua kepadanya. Hishhh.. malu kat
orang je. Dia lupa agaknya kami masih di shopping
complex yang penuh dengan manusia yang ntah datang dari mana.Panas je muka
aku ketika itu.Terasa darah naik ke muka.Tebal 14 inci dah muka ni.Mana tak
nya, ada ke patut menjerit dekat tengah ramai orang. Kang orang kata, ‘gila ke
ape pakwe dia ni’.Tak ke naya dapat title
gila.
Bersambung....
p/s: cerita ini tiada kene mengena antara hidup mahupon yang telah tiada.Hanya imiginasi semata-mata
p/s: cerita ini tiada kene mengena antara hidup mahupon yang telah tiada.Hanya imiginasi semata-mata
Labels:
KaryaSempoiKu
Thursday, February 23
Diari Cinta Ku-Part 1
Diari
Cinta Ku ~By Misszue
PART 1.
Pada
tanggal 19 Ogos 2008,bermula la detik perkenalan aku dengan orang yang kini telah
mencuri sejuta ketenangan hati ku.Kami berkenalan melalui ruang chatting yang paling popular ketika itu iaitu Yahoo Messenger. Di situ la,bermulanya perkenalan antara aku dan dia.
Kami berkawan,bermesra dan berkenalan seperti kenalan-kenalan chatting yang lain. Aku sama sekali tidak menjangka hubungan kami menjadi serius. Aku juga tidak menyangka yang aku akan jatuh cinta
pada jejaka yg berlesung pipit ini. Pelik kan??? Ya ! aku akui memang pelik cinta alam maya.Tanpa jumpa dan mengenalinya dengan. Itu lah keajaiban cinta yang kadang-kadang sangat gila.Padaku,dia
sungguh tampan di mata hati ku.Aku begitu
teruja dengan wajah nya.Kerana dia betul-betul memikat hati ku.Pada mula nya aku anggap dia seperti
teman-teman chatting ku yang lain.
Ntah mengapa hari demi hari,aku mula sering ber'chatting' dengannya. Dia bersungguh ingin berjumpa denganku.Mula-mulanya aku tidak melayan perasanku pada dirinya. Hingga la sampai suatu masa dia meluahkan rasa sukanya padaku. Aku terkedu.Bibirku kelu tanpa bicara. Hatiku ntah mengapa menyanyi riangd dan terasa berbunga-bunga.Hanya Tuhan saja yang tahu perasaanku ketika itu.Tapi aku tidak mudah
melatah. Aku cuba mengenalinya.Tapi mungkin masanya terlalu singkat.
Aku telah
menerimanya sebagai teman istimewaku dan menerimanya seadanya. Cukuplah dia jujur dan ikhlas terhadapku. Katanya, dia adalah seorangg posman yangg menghantar surat seluruh
kawasan di Shah Alam. Sewaktu, aku mengambil keputusan untuk menerimanya, aku sebenarnya betul-betul tak kisah siapa
dia.Walaupun, dia cuma berkerja biasa.
Aku harapkan bukanlah kekayaan harta.Tetapi
kekayaan kasih sayang dan perhatian yang tulus ikhlas darinya
terhadap diriku ini. Hatiku menerimanya seadanya.Serius.Aku tak tipu tentang perasaan itu. Perasaan itu aku nyatakan kepadanya. Dan pada ketika itu, dia sedang bercuti di kampung halamannya di Johor."High Castle", katanya. Dia
telah menjadi milik ku biarpun kami belum pernah bertemu.
Alangkah bahagianya
hatiku pada masa itu. Terasa diri ini disayangi dan dihargai sangat. Kami happy sangat ketika itu walaupun hanya telefon bimbit yang menyatukan hati kami.Aku dan dia merancang untuk berjumpa pada hari ahad kerana dia akan kembali
ke Shah Alam pada hari sabtu tersebut. Manakala aku pula akan ke Shah Alam pada hari
Sabtu itu untuk bertemu sahabat karib sekolahku.Kerana aku perlu mengambil tiket raya daripada
nya.Emmmm.
********
Pada hari ahad keesokannya, terasa berdebar-debar jantungku menunggu waktu pertemuan kami.Waktu untuk aku
bertemu dengan dirinya. Bermacam-macam perasaan yang bermain di jiwa. Seram sejuk badanku.Berdebar-debar, seronok, takut ,sedih ,terharu dan macam-macam lagi. Tu belum lagi persoalan-persoalan yang sedang bermain di fikiranku. Macam-macam aku fikir masa tu.Hari ini adalah blind date kami.Tarikh keramat itu adalah 7hb September 2008. Hari di mana aku dan dia bertentangan mata untuk pertama kalinya. Cuak pon ada.Bahagia pon ada.Bercampur-campur
rasa dihatiku pada dirinya. Jam ditanganku, jarum pendek meghampiri angka 3 dan jarum panjang tepat menunjukkan angka 12,ini
menunjukkan pukul 3 pada ketika ini.
Debaran di dadaku semakin kencang. Kencangnya umpama
ribut melanda.fuhhhh.. aku jd risau.Dia tak muncul-muncul lagi.Mungkin kerana dirinya dari Shah Alam
memerlukan masa untuk ke tempatku. Aku menuntut di sebuah IPTA yang terletak di Serdang,Selangor. Jarak antara Shah Alam dan Serdang memerlukan masa hampir 45minit masa perjalanan. Aku menunggu dengan penuh debaran dan sabar. Kata orang, sabar itukan sebahagian iman. 20minit selepas itu, akhirnya aku nampak kelibatnya. Hatiku terdetik, diakah?? Ahh aku tak pasti. Tapi aku sangat yakin itu dirinya dan aku biarkan dia
berlalu. Kalau benar orang itu adalah dirinya, pasti dia akan kol aku. Bukan ape, takkan aku pula yang terhegeh-hegeh nak tegurnya.Kang salah orang,malu aku!.Sejurus itu,telefon bimbitku mendendangkan
lagu Aku bukanlah superstar. Alamak!!!die kol aku.Ya Allah,cuaknya aku. Dup Dap Dup Dap jantungku, dah macam lagu dangdut pulak. Aku beranikan diri, kuatkan semangat untuk menjawab panggilan darinya. Aku pon dengan sopan santunnya jawab kol
darinya. Tepat! tekaanku. Sah! memang jejaka tadi adalah diri nya. Malu.Malu.Malu. Tu je yang boleh aku katakan sekarang.
Ah!! tak sangka secara officially nya aku berjumpa dengan dirinya. Damn! Happy sangat!! Kali pertama mata kumenatap wajahnya,takkan kulupa saat dia
mengukir senyuman yang paling manis buat diriku. Gedik?? Bukan gedik! Tapi memang itulah perasaanku ketika melihat senyumannya. Serius!!! aku Takkan lupa saat itu. Happy sangat
beb. Betullah orang kata,indah sungguh saat bercinta.Terasa macam ada bunga-bunga yang berterbangan. Indahnya hidupku ketika itu. Hari
itu,dia betul-betul memikat hatiku dengan sikapnya yang agak selamba je. Hari pertama pertemuan aku dengannya, aku
dikenakan olehnya. Biar pon begitu aku suka. Orang sebeginilah yang aku cari.Suka
bergurau,lucu,manis,caring dan penuh kasih sayang. Biar la apa orang nak kata pada
aku dan diri nya,yang penting aku happy sangat bersama dirinya.
********
Hari
demi hari, bulan berganti bulan, aku semakin begitu sayang pada dirinya. Ibarat dialah permata hatiku. Aku menjaga dan mencintainya. Ku tatang dirinya ibarat minyak yang penuh.Dia sentiasa bermain difikiranku. Sampai tahap aku fikir dialah jodoh yang ditakdirkan untuk diriku. Frankly speaking, aku memang menginginkannya menjadi pendampingku
di masa tua nanti. Sepanjang perhubungan kami, dia begitu caring pada diriku. Jujur! Aku cintakan dia. Bila dia tanya mengapa aku menerima dirinya. Serius aku tiada jawapan untuk soalannya. Yang aku tahu dan yakin, aku cuma
cinta padanya. Ntah la maybe aku tak pernah rasa disayangi dan ada orang yang begitu caring pada diriku sebelum ini. Bukan aku tak pernah bercinta.Pernah! Tapi aku tak pernah jumpa org yang betul-betul sayang kan aku seperti
dirinya.
Kami menyulam kasih yang penuh bahagia hari demi hari,minggu demi
minggu. Begitu cepat masa berlalu bila aku bersama dirinya. Banyak masa diluangkan bersama. Bagaikan
belangkas. Aku seperti dah lama mengenali dirinya walhal baru beberapa bulan mengenali
dirinya.
********
Bulan ramadan kembali menyapa. Dan sepanjang bulan ramadan, dia tak pernah lupa untuk datang berbuka bersamaku. Walaupon hujan, dia tetap datang. Pada suatu hari, hujan lebat sangat, sememangnya dia sudah berjanji dengan ku untuk berbuka denganku. Tapi tak disangka-sangkat hujan lebat sangat. Dahlah dia cuma ada motosikal. Aku menyangkakan temujanji kami akan batal lah.Maklum lah hujan. Aku tak la pulak tanya. Sama dia jadi ke tak datang. Dengan selambanya aku ke kantin, untuk tapau makanan untuk berbuka. Tak lama selepas itu, tut tut tut.. bunyi mesej masuk ke telefon bimbitku. Mesej darinya yang mengatakan dia dah ada dibawah apartment a.k.a kolej kediaman ku. Terkejut beruk aku masa tu, tak dapat aku bayangkan dia basah kuyup datang semata-mata nak berbuka dengan. Allahuakbar! Aku pun bergegas turun dan berjumpa dengannya.
Aku bertanya kepadanya, mengapa dia datang dalam hujan. Katanya, dia datang untuk menunaikan janji nak berbuka bersama. Subanallah. Ada jugak orang macam ni detik hati kecilku. Serius! aku terharu sangat. Rasa macam sangat bermakna diriku padanya. Nasi yang aku beli tadi, terpaksalah dijadikan juadahku waktu sahur nanti. Aku pun berbuka dengannya. Itulah kenangan puasa yang terindah aku walaupon sekejap cuma.Selepas berbuka, dengan segera dia pulang untuk solat terawih. Katanya dia nak solat terawih.Wallah'ulam betul ke tak. Tapi aku yakin dia orang yang jujur dengan kata-katanya. Sungguh aku tak sangka, dia sanggup datang. Serius! aku tak sangka.
Bersambung.....
p/s: cerita ini hanya la imiginasi semata-mata,tiada kene mengena antara yang hidup maupon yang telah tiada..
Labels:
KaryaSempoiKu
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tolong Klik Dapat Pahala!





