Friday, March 20
Come Back!!!!
Saturday, February 1
Jodoh
Monday, January 20
Monday Blues
Tuesday, January 24
SEJENAK KE ALAM RUMAHTANGGA
Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.
Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.
( i )
Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.
Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.
Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.
( ii )
Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....
segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.
Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula.
Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan
berkeras
lembut tapi jangan reput.
Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."
( iii )
Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di
mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.
Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan
kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.
Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.
( iv )
Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.
Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada
amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit
kerenahnya ? "
( v )
Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada
segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah
perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.
Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.
Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir
isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...
Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :
Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur
buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.
Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila
yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri.
Sekian.
Sumber: dari kenalan
Saturday, January 21
Tuhan berikan aku cinta
Saturday, December 24
APA LELAKI SUKA DAN TAK SUKA
Ok hari misszue nak share pasal LELAKI..Apa yang diorang suka dengan tak suka.Tak tau la betoi ke tak.Ni misszue terbaca.Tak ingat dari mana.Maybe blog2 org kot.Artikel ni pada Julai 2008.Lama kan..memang pon..Time tu misszue masih study lagi.
Okey! back to the story..Apa lelaki suka dan tak suka.
Lelaki suka:
- Sikap kelakar ada ke? ade sket2..
- Budi pekerti dan kesopanan ade ke?? sket2 jugak
- Murah hati ade ke? ade kot haha
- Senyuman manja ade ke? hehehe:) sengeh manje ade.
- Pandai memasak ade ke? bole la sikit2
- Pandai dalam mengenakan pakaian ade ke?? xberape nak ade ni..selalu hentam je ikot dan
- Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya ade ke?emm selalunye kene citarasa hati sendiri jek.haha
- Tak mudah naik angin ade ke?? haha mudah sangat naek angin tp mudah sejuk jugak.
- Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak ade ke?emm xde kot,sebab misszue xde kereta lagi
- Tak terlalu seksi dalam berpakaian ade ke? xla..malu la pakai seksi
- “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang” ade ke??emm xnak la,misszue kedekut.haha.bapak kejam kan!
- Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya ade ke?emm xkot..xpenah jumpa pon.haha.dah jumpe nanti cite lain
- Berwawasan atau bercita-cita tinggi ade ke?emm yang ni ade!! nak jadi KAYA.Tinggi tak??
- Mempunyai keyakinan diri yang tinggi ade ke? ade la kot..hehe
- Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan. ade ke? ade -ade..hehe
- Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira ade ke?emm xtau la tu..ade kot nanti
- Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi ade ke?huh! mesti la berleter..haha bahaya tau.Tapi kalu husben i,ok jek..
- Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki ade ke?tengok kalau rajin
- Wanita yang mengambil berat tentang lelaki ade ke? urmm sket kot
- Sikap keibuan ade ke? sikap ibu,bapak,anak,cucu,nenek pon ade tau
- Sukakan kanak-kanak ade ke?suke2.suke sgt
- Suara lembut tanpa dibuat-buat ade ke?haha mesti la tak! suara misszue mcm speaker tau..kuat kot
- Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun ade ke?ade2..hehe.dah biasa merantau
- Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat ade ke? ade la jugak
- Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki ade ke?tgk pada ade yang dia buat kalau positif misszue sokong kalau x,jangan harap la
- Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut ade ke?haha misszue suke menyakat.xdapat laa.tp gurau2 jek
- Tahu bersyukur ade ke? ade la! bersyukur pada yang Esa
- Pandai berjimat-cermat ade ke?mesti la ade.misszue kan kedekut!
- Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal ade ke?yes! xharap pon..tapi kalu husben,i hrp laaa
Lelaki Tak Suka:
- Wanita yang suka mengumpat hehe tipu tipu tipu kalau xsuka.skit mesti ade
- Sombong dan bongkak yang nie xde kot
- Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki ermm camna tu?? kdg ade kdg x kot
- Hisap rokok oh memang xde
- “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…ni nada bergurau ke?or serius?
- Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki emm xdela..layan cam alas meja jek! tinggi sket kan..hehe
- Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian ermm xdela!xsuke la cmtu
- “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!” suke ati la nak watpe pon! janji bermanfaat
- “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..” belum lagi,nanti nak try la
- Wanita yang hipokrit xdela..ape ni hipo.hipo
- Pembohong dan suka mencari alasan kadang2 terpaksa kot! depend on situasi
- Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki nak amik berat! kang kata tak syg pulak
- Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka biasa misszue yang wat keputusan
- Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang ermm xtau la nak kata
- Pengotor dan pemalas misszue moderate,x malas xrajin.
- Tak bertanggungjawab langsung emm bertanggungjwb kot
- Tak pandai mengemas bole la sikit2.
- Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan sosial cmna tu! masih ade batasan la
- Kuat berleter walau hal remeh temeh xsuka berleter dan di leter.
- Boros berbelanja jimat kot! kan kedekut tadi!
- Tak tahu memasak ni pandai! tak dinafikan lagi haha
- Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati mengada2 sket.xbanyak
- “Queen Control” atau suka mengarah-arah xla...
- Tak pandai bergaya atau selekeh haha ye kot
- Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli xpandai makeup!
- Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu suke skit2..yg indah2..
- Panas baran sket2..tapi cepat sejuk
- Kuat merajuk dan sukar dipujuk haha memang ye la tu
- Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi terlalu peramah.sampai tak larat nak layan kot
- Tak mahu mengakui kesilapan dan ego hehe kekadang cmtu jugak!
hah!! ok abih! Tak semestinya betul list kat atas ni.Sebab nobody perfect! Setiap orang ade kelemahan..Jadi belajar la terima lah seadanya! Tapi,tak salah jugak kita berubah untuk kebaikan.
Sekian, Selamat Berblogger:)
Wednesday, November 30
Aku bukan yang kau pilih~
Monday, March 8
Bila kita sayang org tu
Biler kiter syg org tu
Kita tnggu dia lame pn x per
Tp biler dia tnggu kiter???dia mrh2
Ati kate ala, adatlah ada yang mnnunggu n dtnggu
Biler kiter syg org tu
Kiter x tdo pn x pe lyn dia yg ngah bsn,
Tp biler kite bosan Ada dia lyn kiter?
Ati kate x pe dia busy kott
Biler kiter syg org tu
Kita gdh ngan dia, kita dim je
Tp dia heboh 1 dnia
Ati kate x pe, dia tension tuu
Biler kiter syg org tu
Kita kol nak ckp ngan dia
Tp dia bg phone kat org lenn atau matikan
Biler jd cm2, x pe
Ati kata, x pe, lyn je, kwn dia, kwn kiter gak
Biler kiter syg org tu
Kita bercerita dgn dia,citer ngan
tunggul lg baik
Tp biler dia bercerita ngan kita
Kita dgr, sepatah2 kite kena ingt...klu x ingat kita yang kena marah
Ati kata x pe syg katakn…
Biler kiter syg org tu
Kita n dia lpr
Tp kiter bg sume roti kita kat dia
Ati kata, ala jagalh ati dia, sian dia….
Biler kiter syg org tu
Kiter sanggup bg dia rest biler dia letih,
Tp biler kita letih, dia srh jugak kiter
lyn dia bila dia bsn
Adil ker? Ati kata, ala bukan selalu pun..
Biler kiter syg org tu
Kita jadi cam org giler dngr dia sakit,
Tp biler kita sakit,
Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan
hari kesakitan kita,
Ati kata, ala x pe, x kn dia nak
berkepit ngan kita 24 jam
Biler kiter syg org tu
Kita x prnh pntingkan diri sndri
Tp dia hpokrit thp ngaban
Ati kata x per, dia mmg cm2 kene lah trima..
Biler kiter syg org tu
Kiter syg nk tngglkn dia slama2nya
Tp dia x tahu kiter berdpn dgn maut,
Wlpn kiter skt,dia kata kat kiter,sakit
bese2 jer, jgn nk mngrt
Ati kata, cmnelah dia biler kiter x de,
msti dia hepi
Biler kiter syg org tu
Kiter x snggp tngk dia derita
Tp dia x prnh hargai diri kiter,
Ati kata, tau x btapa kita syg kan dia????
Biler kiter syg org tu
Kiter snggup tngglkn dia selaam2nya untk dia bhgia
Tp adkh dia tahu pngrbnn kiter??
Ati kata, x pe, janji dia bhgia
Dan……
Biler kiter dh tngglkn dia selama2nya
Dia dtg ziarah pusara kiterr
Dia kata Dia mintak maaf sebab pernah mngata kiter
Dia mintak maaf sebab pernah bt kiter tnggu dia
Dia mintak maaf sebab pernah pksa kita lyn dia time bsn
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dnia slh kiter
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukn kol kiter
Dia mintak maaf sebab pernah x dgrluahan ati kiter
Dia mintak maaf sebab pernah bt kiter klprn sbb dia
Dia mintak maaf sebab pernah gnggu waktu rht kiter
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukn skt kiterr
Dia mintak maaf sebab pernah pntingkn diri dia sndri
Dia mintak maaf sebab x prnh tngk pnderitaan kiter
Biler kiter syg org tu
Saturday, March 6
Doa KeKasih
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu
yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat
membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.
Wednesday, January 20
Hurt~
Untukmu Kekash
Kekasih
Aku tak tahu apakah sebenarnya perasaanmu pada ku
Aku tak tahu apakah yang engkau harapkan dari hubungan ini apalagi dariku
Aku tidak tahu apakah engkau benar2 menyayangi aku
Aku juga tidak tahu siapakah sebenarnya aku di hati mu
Aku tidak tahu apakah wujudnya aku dihatimu
Aku tidak tahu di sudut manakah namaku tersembunyi di hatimu
Mungkin juga memang tidak pernah wujud atau kehadirannya tidak pernah diberi ruang untuk memasuki celahan hatimu
Aku juga tidak tahu apakan engkau benar2 ikhlas mengatakan sayang padaku
Beberapakali aku bertanya tentang itu kepadamu
Tapi tiada jawapan yang jelas aku perolehi
Kalau pun ada, bagiku ia adalah atas desakanku untuk sebuah jawapan yang selalu aku tunggu..
Aku selalu berharap…engkau menyatakan sendiri perasaanmu
Engkau menyatakan sendiri isi hatimu tanpa perlu aku bertanya
Tanpa perlu aku mendesak untuk sebuah jawapan
Kekasih
Yang aku tahu, kita jarang bertemu seperti pasangan lain
Aku tidak pernah menafikan bahawa kadang2 aku begitu cemburukan mereka yg seperti pasangan bahagia…sangat bahagia..
Aku juga tidak menafikan kadang2 aku sangat gembira dan bahagia bila dapat bertemu denganmu walaupun hanya suku jam sahaja..
Kekasih
Aku selalu berangan dan berharap engkau selalu menghubungiku
Bertanyakan khabarku
Bertanyakan aktiviti ku
Bertanyakan kalau2 aku memerlukan bantuanmu
Tetapi Kekasih
Aku selalu hampa dan kehampaan itu seperti
sudah sebati dengan kehidupan ku di dalam hubungan ini
Kekasih
Telah berapakali aku katakan..
Engkau boleh melepaskan aku pergi
Engkau boleh meninggalkan aku bila2 masa jika aku tidak engkau perlukan lagi..
Dan aku sering merasakan itu..
Aku merasakan bahawa aku ini tidak lagi engkau perlukan…
Kekasih
Tinggalkanlah aku jika engkau tidak menyayangi aku lagi
Tinggalkanlah aku jika tiada lagi rindu dihatimu
Dan aku juga rela jika engkau mahu meninggalkan aku tanpa sebab
Asalkan engkau menepati janji mu…
Mengucapkan salam perpisahan di depan mataku
Aku hanya ingin melihat dan mendengar dari bibirmu
Kerana itu akan memberikan ku kekuatan, kepercayaan dan keyakinan
Bahawa sesungguhnya engkau benar2 bole meneruskan hidup tanpa diriku
Dan semestinya di kala itu aku merelakan pemergianmu kerana pasti bahawa engkau akan lebih bahagia tanpa ku..InsyaAllah…
Tolong Klik Dapat Pahala!









