"Sesungguhnya Yang Baik Dari Allah,Yang Buruk Dari Diri Ini Sendiri"


Wednesday, January 20

Untukmu Kekash

Kekasih
Aku tak tahu apakah sebenarnya perasaanmu pada ku
Aku tak tahu apakah yang engkau harapkan dari hubungan ini apalagi dariku
Aku tidak tahu apakah engkau benar2 menyayangi aku
Aku juga tidak tahu siapakah sebenarnya aku di hati mu

Aku tidak tahu apakah wujudnya aku dihatimu
Aku tidak tahu di sudut manakah namaku tersembunyi di hatimu
Mungkin juga memang tidak pernah wujud atau kehadirannya tidak pernah diberi ruang untuk memasuki celahan hatimu
Aku juga tidak tahu apakan engkau benar2 ikhlas mengatakan sayang padaku

Beberapakali aku bertanya tentang itu kepadamu
Tapi tiada jawapan yang jelas aku perolehi
Kalau pun ada, bagiku ia adalah atas desakanku untuk sebuah jawapan yang selalu aku tunggu..

Aku selalu berharap…engkau menyatakan sendiri perasaanmu
Engkau menyatakan sendiri isi hatimu tanpa perlu aku bertanya
Tanpa perlu aku mendesak untuk sebuah jawapan

Kekasih
Yang aku tahu, kita jarang bertemu seperti pasangan lain
Aku tidak pernah menafikan bahawa kadang2 aku begitu cemburukan mereka yg seperti pasangan bahagia…sangat bahagia..
Aku juga tidak menafikan kadang2 aku sangat gembira dan bahagia bila dapat bertemu denganmu walaupun hanya suku jam sahaja..

Kekasih
Aku selalu berangan dan berharap engkau selalu menghubungiku
Bertanyakan khabarku
Bertanyakan aktiviti ku
Bertanyakan kalau2 aku memerlukan bantuanmu
Tetapi Kekasih
Aku selalu hampa dan kehampaan itu seperti
sudah sebati dengan kehidupan ku di dalam hubungan ini

Kekasih
Telah berapakali aku katakan..
Engkau boleh melepaskan aku pergi
Engkau boleh meninggalkan aku bila2 masa jika aku tidak engkau perlukan lagi..
Dan aku sering merasakan itu..
Aku merasakan bahawa aku ini tidak lagi engkau perlukan…

Kekasih
Tinggalkanlah aku jika engkau tidak menyayangi aku lagi
Tinggalkanlah aku jika tiada lagi rindu dihatimu
Dan aku juga rela jika engkau mahu meninggalkan aku tanpa sebab
Asalkan engkau menepati janji mu…
Mengucapkan salam perpisahan di depan mataku
Aku hanya ingin melihat dan mendengar dari bibirmu
Kerana itu akan memberikan ku kekuatan, kepercayaan dan keyakinan
Bahawa sesungguhnya engkau benar2 bole meneruskan hidup tanpa diriku
Dan semestinya di kala itu aku merelakan pemergianmu kerana pasti bahawa engkau akan lebih bahagia tanpa ku..InsyaAllah…


0 0 komen terbaek!!:

Click for Support Me!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rajin-Rajin Komen Entri Misszue:)

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Tolong Klik Dapat Pahala!