"Sesungguhnya Yang Baik Dari Allah,Yang Buruk Dari Diri Ini Sendiri"


Thursday, December 29

FADHILAT AYAT KURSI


Assalamualaikum semua!

Ok Misszue nak share sikit pada tajuk entri kat atas.

Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis

  1. Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: " Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
  2. Sabda baginda lagi; " Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
  3. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
  4. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
  5. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
  6. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
  7. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
  8. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
  9. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  10. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
  11. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitanya.
sumber: wikipedia(foto) dan bahan bacaan lain.

3 0 komen terbaek!!:

mujagirl92 said...

suke entry ni sangat2,, insya ALLAH muja akan apply ayat kursi dalam kehidupan seharian muja,, ape kate awak buat pop-up window untuk comment,, you can visit this link below

mujadafewa.blogspot.com/p/tips-beriklan.html

Miss N™ said...

Infomasi yang terbaik miss zue.. :)

Miss Zue said...

Muja: Moga yang baik tu diamalkan bersama:)

CikNur: Thx for ur support:)

Click for Support Me!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rajin-Rajin Komen Entri Misszue:)

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Tolong Klik Dapat Pahala!