- Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: " Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
- Sabda baginda lagi; " Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
- Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
- Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
- Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
- Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
- Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
- Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitanya.
Thursday, December 29
FADHILAT AYAT KURSI
Assalamualaikum semua!
Ok Misszue nak share sikit pada tajuk entri kat atas.
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis
sumber: wikipedia(foto) dan bahan bacaan lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 0 komen terbaek!!:
suke entry ni sangat2,, insya ALLAH muja akan apply ayat kursi dalam kehidupan seharian muja,, ape kate awak buat pop-up window untuk comment,, you can visit this link below
mujadafewa.blogspot.com/p/tips-beriklan.html
Infomasi yang terbaik miss zue.. :)
Muja: Moga yang baik tu diamalkan bersama:)
CikNur: Thx for ur support:)
Post a Comment