"Sesungguhnya Yang Baik Dari Allah,Yang Buruk Dari Diri Ini Sendiri"


Thursday, February 23

Diari Cinta Ku-Part 1

Diari Cinta Ku ~By Misszue


PART 1.

          Pada tanggal 19 Ogos 2008,bermula la detik perkenalan aku dengan orang yang kini telah mencuri sejuta ketenangan hati ku.Kami berkenalan melalui ruang chatting yang paling popular ketika itu iaitu Yahoo Messenger. Di situ la,bermulanya perkenalan antara aku dan dia.

      Kami berkawan,bermesra dan berkenalan seperti kenalan-kenalan  chatting yang lain. Aku sama sekali tidak menjangka hubungan kami menjadi serius. Aku juga tidak menyangka yang aku akan jatuh cinta pada jejaka yg berlesung pipit ini. Pelik kan??? Ya ! aku akui memang pelik cinta alam maya.Tanpa jumpa dan mengenalinya dengan. Itu lah keajaiban cinta yang kadang-kadang sangat gila.Padaku,dia sungguh  tampan di mata hati ku.Aku begitu teruja dengan wajah nya.Kerana dia betul-betul memikat hati ku.Pada mula nya aku anggap dia seperti teman-teman chatting ku yang lain.

         Ntah mengapa hari demi hari,aku mula sering ber'chatting' dengannya. Dia bersungguh ingin berjumpa denganku.Mula-mulanya aku tidak melayan perasanku pada dirinya. Hingga la sampai suatu masa dia meluahkan rasa sukanya padaku. Aku terkedu.Bibirku kelu tanpa bicara. Hatiku ntah mengapa menyanyi riangd dan terasa berbunga-bunga.Hanya Tuhan saja yang tahu perasaanku ketika itu.Tapi aku tidak mudah melatah. Aku cuba mengenalinya.Tapi mungkin masanya terlalu singkat. 

         Aku telah menerimanya sebagai teman istimewaku dan menerimanya seadanya. Cukuplah dia jujur dan ikhlas terhadapku. Katanya, dia adalah seorangg posman yangg menghantar surat seluruh kawasan di Shah Alam. Sewaktu, aku mengambil keputusan untuk menerimanya, aku sebenarnya betul-betul tak kisah siapa dia.Walaupun, dia cuma berkerja biasa.

       Aku harapkan bukanlah kekayaan harta.Tetapi kekayaan kasih sayang  dan perhatian yang tulus ikhlas darinya terhadap diriku ini. Hatiku menerimanya seadanya.Serius.Aku tak tipu tentang perasaan itu. Perasaan itu aku nyatakan kepadanya. Dan pada ketika itu, dia sedang bercuti di kampung halamannya di Johor."High Castle", katanya. Dia telah menjadi milik ku biarpun kami belum pernah bertemu.

        Alangkah bahagianya hatiku pada masa itu. Terasa diri ini disayangi dan dihargai sangat. Kami happy sangat ketika itu walaupun hanya telefon bimbit yang menyatukan hati kami.Aku dan dia merancang untuk berjumpa pada hari ahad kerana dia akan kembali ke Shah Alam pada hari sabtu tersebut. Manakala aku pula akan ke Shah Alam pada hari Sabtu itu untuk bertemu sahabat karib sekolahku.Kerana aku perlu mengambil tiket raya daripada nya.Emmmm.
  
********
      Pada hari ahad keesokannya, terasa berdebar-debar jantungku menunggu waktu pertemuan kami.Waktu untuk aku bertemu dengan dirinya. Bermacam-macam perasaan yang bermain di jiwa. Seram sejuk badanku.Berdebar-debar, seronok, takut ,sedih ,terharu dan macam-macam lagi. Tu belum lagi persoalan-persoalan yang sedang bermain di fikiranku. Macam-macam aku fikir masa tu.Hari ini adalah blind date kami.Tarikh keramat itu adalah 7hb September 2008. Hari di mana aku dan dia bertentangan mata untuk pertama kalinya. Cuak pon ada.Bahagia pon ada.Bercampur-campur rasa dihatiku pada dirinya. Jam ditanganku, jarum pendek  meghampiri angka 3  dan jarum panjang tepat menunjukkan angka 12,ini menunjukkan pukul 3 pada ketika ini.

      Debaran di dadaku semakin kencang. Kencangnya umpama ribut melanda.fuhhhh.. aku jd risau.Dia tak muncul-muncul lagi.Mungkin kerana dirinya dari Shah Alam memerlukan masa untuk ke tempatku. Aku menuntut di sebuah IPTA yang terletak di Serdang,Selangor. Jarak antara Shah Alam dan Serdang memerlukan masa hampir 45minit masa perjalanan. Aku menunggu dengan penuh debaran dan sabar. Kata orang, sabar itukan sebahagian iman. 20minit selepas itu, akhirnya aku nampak kelibatnya. Hatiku terdetik, diakah?? Ahh aku tak pasti. Tapi aku sangat yakin itu dirinya dan aku biarkan dia berlalu. Kalau benar orang itu adalah dirinya, pasti dia akan kol aku. Bukan ape, takkan aku pula yang terhegeh-hegeh nak tegurnya.Kang salah orang,malu aku!.Sejurus itu,telefon bimbitku mendendangkan lagu Aku bukanlah superstar. Alamak!!!die kol aku.Ya Allah,cuaknya aku. Dup Dap Dup Dap jantungku, dah macam lagu dangdut pulak. Aku beranikan diri, kuatkan semangat untuk menjawab panggilan darinya. Aku pon dengan sopan santunnya jawab kol darinya. Tepat! tekaanku. Sah! memang jejaka tadi adalah diri nya. Malu.Malu.Malu. Tu je yang boleh aku katakan sekarang.

        Ah!! tak sangka secara officially nya aku berjumpa dengan dirinya. Damn! Happy sangat!! Kali pertama mata kumenatap wajahnya,takkan kulupa saat dia mengukir senyuman yang paling manis buat diriku. Gedik?? Bukan gedik! Tapi memang itulah perasaanku ketika melihat senyumannya. Serius!!! aku Takkan lupa saat itu. Happy sangat beb. Betullah orang kata,indah sungguh saat bercinta.Terasa macam ada bunga-bunga yang berterbangan. Indahnya hidupku ketika itu. Hari itu,dia betul-betul memikat hatiku dengan sikapnya yang agak selamba je. Hari pertama pertemuan aku dengannya, aku dikenakan olehnya. Biar pon begitu aku suka. Orang sebeginilah yang aku cari.Suka bergurau,lucu,manis,caring dan penuh kasih sayang. Biar la apa orang nak kata pada aku dan diri nya,yang penting aku happy sangat bersama dirinya.

 ********
       Hari demi hari, bulan berganti bulan, aku semakin begitu sayang pada dirinya. Ibarat dialah permata hatiku. Aku menjaga dan mencintainya. Ku tatang dirinya ibarat minyak yang penuh.Dia sentiasa bermain difikiranku. Sampai tahap aku fikir dialah jodoh yang ditakdirkan untuk diriku. Frankly speaking, aku memang menginginkannya menjadi pendampingku di masa tua nanti. Sepanjang perhubungan kami, dia begitu caring pada diriku. Jujur! Aku cintakan dia. Bila dia tanya mengapa aku menerima dirinya. Serius aku tiada jawapan untuk soalannya. Yang aku tahu dan yakin, aku cuma cinta padanya. Ntah la maybe aku tak pernah rasa disayangi dan ada orang yang begitu caring pada diriku sebelum ini. Bukan aku tak pernah bercinta.Pernah! Tapi aku tak pernah jumpa org yang betul-betul sayang kan aku seperti dirinya. 

      Kami menyulam kasih yang penuh bahagia hari demi hari,minggu demi minggu. Begitu cepat masa berlalu bila aku bersama dirinya. Banyak masa diluangkan bersama. Bagaikan belangkas. Aku seperti dah lama mengenali dirinya walhal baru beberapa bulan mengenali dirinya.


********

       Bulan ramadan kembali menyapa. Dan sepanjang bulan ramadan, dia tak pernah lupa untuk datang berbuka bersamaku. Walaupon hujan, dia tetap datang. Pada suatu hari, hujan lebat sangat, sememangnya dia sudah berjanji dengan ku untuk berbuka denganku. Tapi tak disangka-sangkat hujan lebat sangat. Dahlah dia cuma ada motosikal. Aku menyangkakan temujanji kami akan batal lah.Maklum lah hujan. Aku tak la pulak tanya. Sama dia jadi ke tak datang. Dengan selambanya aku ke kantin, untuk tapau makanan untuk berbuka. Tak lama selepas itu, tut tut tut.. bunyi mesej masuk ke telefon bimbitku. Mesej darinya yang mengatakan dia dah ada dibawah apartment a.k.a kolej kediaman ku. Terkejut beruk aku masa tu, tak dapat aku bayangkan dia basah kuyup datang semata-mata nak berbuka dengan. Allahuakbar! Aku pun bergegas turun dan berjumpa dengannya.

      Aku bertanya kepadanya, mengapa dia datang dalam hujan. Katanya, dia datang untuk menunaikan janji nak berbuka bersama. Subanallah. Ada jugak orang macam ni detik hati kecilku. Serius! aku terharu sangat. Rasa macam sangat bermakna diriku padanya. Nasi yang aku beli tadi, terpaksalah dijadikan juadahku waktu sahur nanti. Aku pun berbuka dengannya. Itulah kenangan puasa yang terindah aku walaupon sekejap cuma.Selepas berbuka, dengan segera dia pulang untuk solat terawih. Katanya dia nak solat terawih.Wallah'ulam betul ke tak. Tapi aku yakin dia orang yang jujur dengan kata-katanya. Sungguh aku tak sangka, dia sanggup datang. Serius! aku tak sangka.


Bersambung.....


p/s: cerita ini hanya la imiginasi semata-mata,tiada kene mengena antara yang hidup maupon yang telah tiada..



By Misszue


    

11 0 komen terbaek!!:

cik gebu....^_^ said...

best!!!!!
citer ni memang macam2 betul jadi...bahasa oke, cerita pun catchy...hehehe...sila sambung ceirta anda ye!

guess what?aku pun pernah rasa macam ni...tapi bukan blind dengan orang baru, dengan kawan sekolah yang dah tak jumpa lebih 5tahun!

Miss Zue said...

yeke cikgu??? insyAllah jika ok cite ni..akan disambung tuk masa terdekat ni..hehe;)

Cik Nur said...

wah..wah...walaupun citer ni rekaan semata2..bila baca terasa mcm btul2 terjadi...

bila sambungannya..?

Miss Zue said...

yeke ni ciknur..hehehe bole g jauh xcite ni ciknur??tnya pndpt orang slalu berkarya cm ciknur ni

Anonymous said...

hai mis zue,


honestly, tq and its got story inside. very good for the beginners.tapi bg sya sgt mendatar jln cerire die. ex, bile u try nk crite pasal ur excitement, seems x cukup and x brape nk clear. Structure cerita x cukup kukuh and bercampur..kdg2x penggunaan perkataan kurang sesuai ay certain situation...hehe but it is a good start.. hope improve next chapt...

Miss Zue said...

anonymous..

thx for ur comment..very2 useful for me..i will improve it..try my best.hehe.thx again my dear

mrs ayen said...

lorh akk ni...ngatkn btol2 la die dlm cite 2...huhu...blh jd novelis da ni...;)

mrs ayen said...

lorh akk ni...ngatkn btol2 la die dlm cite 2...huhu...blh jd novelis da ni...;)

Miss Zue said...

mrs ayen: hehe:) ok x? boring x?im beginner..perlukan komen tuk baik..1st trial ni.hehe

[ wanni ] said...

cik zue, wah, bagus untuk permulaan~

terasa macam dalam cerita ni, hihik. walaupun waani tak pandai kritik, tapi terasa jugak debaran apabila nak berjumpa tuh, pandai cik zue olah ayat..

sekarang nak terjah bahagian kedua pulak :D

Miss Zue said...

yeke wanni? Alhamdulillah..Masih banyak yang perlu diperbaiki lagi..
Thx for ur support.hehe
.

.
.

.
.

Kang jadi novelis jugak misszue ni..hahaaha

Tolong jangan berangan.

Click for Support Me!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rajin-Rajin Komen Entri Misszue:)

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Tolong Klik Dapat Pahala!