Salam readers.Ni cerpen bukan hasil karya Miss Zue, Tapi Miss Zue dapat dari member.Karya ni hasil karya kenalan dari seorang sahabat. Kenalan internet katanya.Mungkin ada readers penah baca cerita ni,dari penulis yang sama mungkin..Sekadar nak berkongsi.:) Selamat Membaca.
Harriz. Satu nama yang cukup aku kenal satu ketika dahulu. Dia
pernah menjadi suami aku. Suami yang bergelar hanya pada nama tapi
tidak pernah memiliki sepenuhnya jiwa dan hati aku ketika itu.
Perkahwinan yang berlandaskan kertas putih dengan seribu perjanjian
yang boleh menjatuhkan maruah seorang suami. Aku tahu, Harriz tidak
pernah mempersetujui dengan apa yang aku lakukan sebelum kami
mengikat tali perhubungan yang suci.
Namun, kerana sayang dan cintanya pada aku dia menerima niat aku
tanpa sebarang bantahan yang keluar dari mulutnya. Kenapa Izham
tidak seperti Harriz? Sungguh berbeza nilai dan peribadi mereka
antara satu sama lain.
Harriz terlalu baik tapi hati aku tidak dapat menerima cintanya.
Kenapa?..... Dia cukup sempurna untuk menjadi seorang suami dan
pemimpin yang boleh menjaga aku sehingga ke akhir hayat. Adakah aku
yang terlalu bodoh untuk menolak cintanya yang tulus dan ikhlas
menyayangi aku, atau keegoan aku yang menguasai diri.
"Saya menerima awak bukan atas paksaan sesiapa tapi hati ini yang
ikhlas mencintai awak. Saya tahu taraf awak dan saya berbeza ibarat
langit dan bumi tetapi untuk membahagiakan awak, itu adalah jaminan
saya sebagai bukti bahawa saya menyayangi awak. Walaupun kontrak
kita hanya setahun tapi cinta saya sampai ke mati.
"Biarpun kita akan berpisah nanti, namun untuk menghilangkan ingatan
saya terhadap awak adalah amat sukar. Sekali saya dah letakkan awak
dalam hati saya bermakna awaklah gadis pertama dan terakhir yang
saya cintai walau awak membenci saya seumur hidup awak……"
Kata-kata itu masih aku ingat sampai sekarang. Keegoan aku ketika
itu mulai luntur tapi hati aku keras. Aku menolak cintanya mentah-
mentah kerana bagi aku, lelaki mudah mengeluarkan kata-kata manis
namun untuk membuktikannya adalah satu dalam sejuta. Aku tidak
mempercayai Harriz.
Bagi aku, Izham lelaki pertama yang mencuri hati aku adalah terlalu
sempurna untuk aku. Aku bertemu dengan Izham sewaktu kami menyambung
pengajian di
parasnya yang kacak itu untuk menambat hati aku. Hanya dunia sahaja
yang tahu bagaimana gembiranya hati aku ketika itu dapat berpasangan
dengan Izham , seorang lelaki yang menjadi rebutan gadis-gadis lain
di luar
Hampir dua tahun hubungan kami terjalin. Tiada sebarang masalah di
antara kami sepanjang perhubungan itu. Pertengkaran kecil adalah
perkara biasa bagi kami. Seringkali juga kawan-kawan aku
menasihatkan supaya berpisah dengan Izham kerana dia bukanlah
seperti apa yang aku sangka. Dia adalah Romeo. Banyak kali mereka
terserempak dengan Izham bersama gadis-gadis lain. Aku yang bodoh
kerana tidak pernah percaya dengan kata-kata mereka.
Pada fikiran aku ketika itu, mereka terlalu cemburukan aku. Itulah
sebabnya mereka memfitnah Izham supaya hubungan kami putus dan
mereka boleh mengambil kesempatan memenangi hati Izham. Sehinggakan
aku hampir hilang kawan hanya semata-mata kerana terlalu mempercayai
Izham.
Selepas tamat pengajian, aku pulang ke Malaysia. Izham masih di
London kerana tempoh pengajiannya ada lagi setahun. Ketika itulah
detik hidup aku bersama Harriz bermula. Aku telah dijodohkan dengan
Harriz oleh ayahku.
Entah mengapa, ayah terlalu sukakan Harriz sedangkan Harriz hanyalah
pekerja bawahan ayah. Dia bukanlah dari keluarga yang senang dan
setaraf dengan kami. Namun, ayah tidak mengambil kira itu semua.
Kata ayah, Harriz mampu menjaga aku sebagaimana ayah dan ibu
menjaga, mendidik dan membesarkan aku. Dia percayakan Harriz
sehinggakan dia pernah berkata segala hartanya termasuk aku akan
diserahkan kepada Harriz andai satu hari nanti dia pergi buat selama-
lamanya. Kepercayaan ayah terhadap Harriz memang tiada batasan,
begitu juga dengan ibu. Aku tahu, ayah ada penyakit yang kronik
iaitu sakit jantung dan darah tinggi. Aku tak sanggup untuk menolak
permintaan ayah. Mereka adalah segala-galanya untuk aku.
Betapa perit dan payahnya mereka membesarkan aku. Ayah juga bukanlah
dari keluarga yang senang tetapi berkat kerajinan dan semangat ayah
yang tinggi serta dorongan ibu membuatkan aku dapat menikmati hidup
ini dengan segala kemewahan yang tak dapat aku bayangkan. Tapi, aku
juga inginkan kehidupan aku sendiri.
Berhari-hari aku memikirkan keputusan ayah samada untuk menerima
atau sebaliknya. Kesihatan ayah tidak mengizinkan aku untuk berfikir
lama.
Akhirnya, persetujuan dibuat dan dalam diam-diam aku juga turut
membuat perjanjian dengan Harriz lelaki yang tidak pernah aku temui.
Aku bencikan Harriz kerana aku menyangka Harriz bukanlah seperti apa
yang ayah bayangkan. Dia mungkin mempunyai rancangan yang besar
untuk merampas kekayaan kami dengan mengahwini aku dan berpura-pura
baik di hadapan ayah dan ibu.
"Selepas kita bernikah, saya haramkan awak untuk menyentuh saya.
Kita hanya berlakon di hadapan ayah dan ibu saya begitu juga dengan
keluarga awak. Selepas setahun, awak ceraikan saya. Ini dah
termaktub dalam perjanjian kita."
Aku tidak berani memandang wajah Harriz ketika kami berjumpa buat
pertama kalinya di sebuah restoran. Aku akui, Harriz memang tampan
orangnya malah lebih kacak daripada Izham. Sedikit sebanyak hati
perempuan aku mulai cair namun aku pantas melarikan fikiranku pada
perkara yang lain. Harriz merenung aku tanpa berkelip mata. Aku
gelabah. Langsung tidak dibaca perjanjian MOU yang aku letak di
hadapannya. Sakit hati aku dibuatnya ketika itu. Aku kuatkan
semangat untuk memandang Harriz dan
"Tuhan kurniakan mata untuk melihat apa yang ada di hadapan kita.
Saya dah letakkan fail perjanjian kita di hadapan awak. Takkan awak
tak tahu nak menggunakan mata awak tu untuk melihat apa yang patut?"
Aku memerli Harriz. Dia cuma tersenyum. Masih tidak puas menatap
wajah aku. Seluruh pelusuk wajahku dijajahnya.
"Memang Tuhan anugerahkan mata untuk melihat. Sekarang, saya sedang
melihat satu lagi anugerah Tuhan yang diberikan kepada saya.
Kecantikan yang tidak pernah saya bayangkan, tapi sekarang baru saya
tahu bahawa sungguh indah alam ini dengan adanya wanita secantik
awak, Nurul Ain Bt Hamdi…" Ungkapan pertama keluar dari mulut
Harriz.
Aku tersedak, hampir tersembur fresh orange yang sedang kuminum.
Pantas tanganku mencari tisu di dalam beg tangan. Harriz masih
tersenyum. Merah padam muka aku menahan malu. Bijak sungguh Harriz
bermain dengan kata-kata. Aku hampir terpedaya dengan pujiannya. Ahh…
Lelaki, semuanya sama…
"Tapi sayang, awak tidak menggunakan kecantikan awak itu untuk
melambangkan hati awak. Buat pengetahuan awak, saya ini bukanlah
seperti apa yang awak bayangkan. Niat saya ikhlas untuk
memperisterikan Nurul Ain Bt Hamdi. Jangan kerana awak kaya dan
hidup mewah, awak takut saya akan merampas semuanya itu dari tangan
keluarga awak. Terus terang saya katakan, seandainya awak ini adalah
gadis cacat yang kudung tangannya atau bisu mulutnya saya tetap akan
mengahwini awak walau awak miskin sekalipun.
"Bagi saya, harta boleh dicari tapi cinta yang tulus suci hanyalah
wujud sekali dalam hidup kita dan awak adalah wanita yang berada di
dalam hati saya sekarang sehinggalah saya tidak bernafas lagi di
atas bumi bertuah ini." Harriz tersenyum lagi.
Aku pula tergamam. Macam mana dia boleh mengenali aku sejauh begitu.
Kata-katanya kedengaran seolah-olah kami pernah berjumpa. Tapi, aku
rasa tidak kerana inilah kali pertama aku melihat wajahnya. Sungguh
pelik orang ini. Harriz membuka fail biru itu.
Tanpa dibaca walau sebaris ayat pun, dia mengambil pen dari poket
bajunya lantas ditandatangani MOU tersebut.
"Awak tak berniat nak baca MOU itu sebelum awak sign?" Aku
memberanikan diri untuk bertanya pada Harriz. Sekali lagi dia
memandang aku dengan pandangan yang penuh bermakna baginya.
"Kalau saya baca, adakah niat awak itu akan berubah untuk menerima
saya bagaimana ikhlasnya saya menerima awak?" Terperangkap lagi aku
dengan kata-katanya.
Entah kenapa di mana hilangnya marah aku dan semangat aku ketika
itu. Lelaki ini benar-benar lain. Tidakkk!!…..Aku bukan mudah untuk
menerima dia. Cinta aku pada Izham masih kuat. Harriz bangun. Air
minuman yang dipesan tidak disentuh, masih suci sepertimana aku.
"Assalamualaikum… ." Itulah kata-kata terakhir yang diucapkannya
sebelum meninggalkan restoran itu. Aku terpinga-pinga. Pelik dan
aneh lelaki ini.
Sebelum aku berjumpa dengan Harriz, terlalu banyak kemusykilan
tentangnya yang berlegar-legar di dalam fikiran aku. Kini pada
pertemuan pertama kami, semakin bertambah kusut fikiran aku
memikirkan tentang Harriz.
Siapakah dia sebenarnya? Apakah yang dia mahu daripada aku? Atau
adakah dia memang benar-benar tulus mencintai aku. Ahhhhh….makin
difikir, makin pening aku dibuatnya.
************ ****
Kini, telah hampir seminggu aku menjadi isteri kepada seorang lelaki
yang tidak aku cintai. Majlis perkahwinan yang diadakan amat meriah
tetapi aku tidak merasai keseronokan itu. Mungkin Harriz juga
begitu. Perhubungan aku dan Harriz memang terbatas. Itu adalah
syarat aku sendiri sebelum Harriz melafazkan akad nikah.
Kami hanya berpura-pura mesra di hadapan ibu dan ayah tetapi di
sebalik tabir kehidupan kami, tidak wujud kemesraan tersebut. Harriz
benar-benar memberi kerjasama yang baik. Kadangkala simpati aku
menjengah di hati kecilku. Pernah aku menasihati dia supaya
melepaskan aku sebelum tamat kontrak perkahwinan kami tapi Harriz
bukanlah lelaki yang senang dipujuk rayu.
"Saya seorang yang menepati janji. Walau hati ini berat untuk
berpisah dengan awak, saya tetap akan patuhi syarat awak bahawa kita
hanya bercerai selepas tamat tempoh kontrak. Awak sendiri tahu
bagaimana perasaan saya pada awak. Tidak munasabah andai saya
menceraikan awak sekarang. Kalau boleh, saya mahu takdir membuka
pintu hati awak untuk menerima cinta saya dan menyayangi saya
sebagaimana tulus dan sucinya cinta saya terhadap awak."
Tiba-tiba Harriz memegang tangan kananku ketika aku sedang mengikat
rambut lantas diciumnya perlahan seolah-olah aku ini bagaikan puteri
yang sedang berhadapan dengan rakyat biasa. Berderau darahku ketika
itu. Aku menjarakkan diri. Bulat mataku memandangnya. Tanpa segan
renungan Harriz semakin tajam memandang ke arah aku. Aku gementar.
Rasa marah dan geram wujud dalam diri ini. Harriz
memperdayakan aku dengan kata-kata manisnya.
"Tolong jangan bersikap kurang ajar! Sudah cukup selama ini saya
bertahan dengan sikap dan perangai awak!! Awak jangan umpan saya
dengan kata-kata manis awak tu. Saya tak akan terpengaruh. Kontrak
tetap kontrak. Biarpun setahun atau dua tahun atau selama-lamanya,
saya tidak akan mencintai awak atau belajar untuk menyintai awak!!
"Cinta saya hanyalah untuk Izham. Awak tahu bukan? Izham lebih
dahulu hadir dalam hidup saya tapi awak merosakkan segala-galanya
dengan memperalatkan ayah dan ibu saya. Saya bukan macam mereka. Itu
sahaja yang awak perlu tahu!!" Bentakku tiba-tiba dengan penuh
berani.
Aku sendiri terkejut dengan tindakan aku. Dari mana aku dapat
kekuatan untuk melawan perasaan aku? Aku memaling ke arah lain.
Terasa semangat untuk mempertahankan diri wujud dalam diri ini.
Mungkin kerana rindu aku pada Izham semakin kuat dan kesalahan aku
pada Izham juga berat.
Harriz hanya diam. Sedikit sebanyak nampak juga perbezaan di raut
wajahnya yang mungkin terkejut dengan kata-kata amarahku yang tiba-
tiba.
"Maafkan saya kerana buat awak marah. Saya tak ada niat untuk
menyakitkan hati awak, Nurul Ain. Saya harap kita masih boleh jadi
kawan," ringkas sahaja kata-kata Harriz kali ini. Aku masih tidak
memandang wajah Harriz.
"Nampaknya dah masuk waktu solat Isyak sekarang. Mari, kita
berjemaah," pelawa Harriz lembut. Aku memandang wajahnya.
Dia tersenyum, "saya tunggu di bilik." Harriz berlalu pergi
meninggalkan aku di ruang tamu. Perasaan marahku sudah reda. Malu
pun ada bila mengenangkan kembali kemarahan aku yang berapi-api itu.
Nampaknya Harriz masih boleh buat muka selamba sedangkan sudah
berbakul-bakul aku memarahinya sepanjang dia duduk di rumahku.
Tidak tahu bagaimana lagi untuk aku mewujudkan rasa benci dalam diri
Harriz supaya dia membenci aku. Kini, perkahwinan kami sudah hampir
3 bulan. Ayah dan ibu pula sudah bertanya tentang keadaan kesihatan
aku. Itu tidak lain dan tidak bukan mesti berkaitan dengan hal anak.
Bagaimana aku nak memberitahu mereka bahawa aku ini masih suci lagi.
Harriz tidak pernah menyentuh aku walaupun dia berpeluang. Dia benar-
benar mengikut segala kontrak yang ditulis oleh aku itu supaya tidak
menjalinkan apa sahaja hubungan dengan aku. Aku bertambah bingung.
Segala apa yang aku lakukan semuanya tidak menjadi. Harriz masih
lagi menyayangi dan menyintai aku.
Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku rindukan Izham di saat-saat
begini. Aku kesunyian. Tanpa Izham aku rasa kehilangan. Kadangkala
aku nampak bayangan Izham dalam diri Hariz. Sampai bila aku mampu
bertahan. Harriz terlalu baik terhadap aku. Hanya perempuan gila
sahaja seperti aku yang tidak jatuh cinta padanya setelah pelbagai
cara dia lakukan untuk menambat hati aku. Aku juga manusia biasa.
Cinta akan datang dan pergi sesuka hati dalam hidup ini. Apakah
perasaan aku terhadap Harriz sekarang? Aku semakin bingung dengan
kehidupan yang aku lalui kini.
Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Aku tiba lewat di rumah. Tapi,
bukan kerana banyak kerja di pejabat cuma aku sengaja pulang lambat
supaya Harriz menyangka aku perempuan yang selalu balik lewat malam
kerana puas berseronok di luar. Terjengket-jengket kaki aku
melangkah masuk. Suasana gelap menyelubungi rumah banglo dua tingkat
pemberian hadiah ayah sempena perkahwinan kami. Mujurlah hanya aku
dan Harriz yang tinggal di sini.
Kalau tidak, tentu aktiviti kami akan terbongkar lebih awal. Minta-
minta Harriz akan memarahi aku kerana pulang lewat. Aku berjalan
perlahan-lahan menuju ke tangga tapi aku telah terlanggar sesuatu
yang besar di hadapan.
Hampir terjatuh aku dibuatnya namun, mujur da seseorang yang sempat
memaut pinggangku supaya tidak terjatuh. Berderau darah dibuatnya.
Lampu ruang tamu dipasang…
Aku tergamam. Pinggangku masih lagi dipaut oleh Harriz. Mata
bertentang mata. Hampir beberapa saat aku tidak bercakap. Tersedar
dari lamunan, aku pantas menolak Harriz ke tepi. Wajahku mula
berubah. Merah padam jadinya. Marah bercampur malu benar-benar ada
dalam diri aku sekarang
"Awak ni kenapa?!! Macam pencuri!! Nasib baik saya ni tak ada sakit
jantung. Dah pukul 2.00 pagi. Awak tak reti-reti nak tidur?" Aku
memarahi Harriz.
"Saya tunggu awak…."
"Tak payah nak tunggu-tunggu. Saya ni bukannya budak kecik lagi.
Saya tahu pukul berapa saya nak balik. Awak ni orang gaji saya ke?"
"Awak dah makan? Hari ni saya masak lauk kegemaran awak, masak lemak
cili api ikan keli. Awak mesti suka. Mari makan sama, saya tak makan
lagi ni."
Harriz mempelawa aku. Masak lemak cili api ikan keli? Terliur aku
dibuatnya. Aku memang tengah lapar gila ni. Maklumlah, satu hari aku
tak makan apa. Tengah hari tadi tak keluarpun sebab kerja banyak.
Petang pula ada mesyuarat. Bila dah habis kerja, aku pulak yang
sengaja balik lewat hanya semata-mata nak nak sakitkan hati Harriz.
Sampai pukul 1.30 pagi aku duduk di pejabat. Tak terfikir nak makan
pun. Sekarang, dah lapar. Bodoh betul aku. Takkanlah aku setuju nak
makan dengan dia. Habislah rancangan aku nak bagi dia marah.
"Awak ni pandai masak ke? Saya ni memilih orangnye. Takpelah saya
dah kenyang. Dah makan kat luar pun. Awak nak makan, awak makanlah
sorang."
Aku pura-pura menguap di hadapannya "Ahh.. ngantuknya.. "
"Saya tahu awak belum makan lagi. Awak tentu lapar." Harriz terus
menuju ke ruang makan. Dia membuka tudung saji dan menyendukkan nasi
untuk aku dan dirinya sendiri. Beria-ia benar dia mengajak aku.
Macamana dia tahu aku tak makan? Aku masih lagi tercegat di antara
ruang tamu dan ruang makan.
Sesekali aku menjeling ke arah Harriz yang sedang leka menyiapkan
makan malam yang rasanya dah boleh jadi makan pagi. Sanggup dia tak
makan kerana menunggu aku semalaman. Boleh percaya ke lelaki ni?
Jangan-jangan dah siap makan. Saja nak tarik perhatian aku supaya
simpati kat dia.
Aku pantas menaiki tangga meninggalkan Harriz.
"Awak tak nak makan? Tak sakit perut ke, awak? Nanti, kalau awak
jatuh sakitkan susah…" Harriz menasihati aku. Langkahku terhenti.
"Awak tak faham bahasa Melayu?
Kalau awak nak makan, awak makanlah sorang. Saya nak naik atas, nak
mandi dan tidur. Awak jangan ganggu saya!!" aku bentak keras.
"Tak pelah, saya makan dulu. Nanti, kalau awak rasa lapar, awak
makanlah ye. Pergilah awak berehat," Harriz mengakhiri perbualan
kami. Aku terus naik ke atas dengan perut yang benar-benar lapar.
Rasa nak terbalik dunia ni. Ya Allah laparnya. Hanya Tuhan saja yang
tahu. Kenapalah aku boleh bertindak bodoh. Dah ada orang siap masak,
aku saja yang sombong tak bertempat. Sekarang, siapa yang merana?
Bukankah aku…?
Itu baru satu keadaan di mana dia boleh bertahan dengan sikap aku.
Tapi, kali ini aku pula yang tak tahan dengan keadaan kami apabila
terpaksa berlakon di depan ayah dan ibu sewaktu kedatangan mereka ke
rumah kami.
Dari berdiri jarak 50 meter kini dah rapat macam belangkas. Dari
muka yang masam macam cuka kini aku terpaksa senyum meleret. Aku
kena memainkan peranan sebagai isteri dan Harriz sebagai suami
sedangkan gelaran itu memang ada pada kami. Terasa kaku aku pada
permulaan watak tetapi Harriz bijak memainkan peranannya sebagi
suami.
"Berapa lama mak dan ayah nak tinggal di sini?" Aku mengajukan
soalan sebaik sahaja ibu dan ayah duduk di ruang tamu selepas kami
menjamu selera tengah hari itu. Percaya atau tidak, semua masakan
dimasak oleh Harriz tapi dia memberitahu ibu dan ayah yang aku
memasaknya. Ibu tersenyum menggeleng.
"Ain…Ain… Mak dan ayah belum panas punggung lagi dah ditanya bila
nak balik. Mak ni, rindukan anak mak. Salahke mak melawat anak mak
yang kini dah jadi isteri orang," balas ibu. Aku tertunduk malu. Ye
tak ye jugak..
"Ain ni bukannya apa mak. Dia takut mak dan ayah balik awal.
Duduklah 2-3 hari kat sini, mak. Lama-lama pun tak apa. Kami pun
berdua. Kalau ada mak dengan ayah, taklah sunyi kami ni.." Harriz
menyampuk. Aku menjeling pada Harriz. Nampaknya, dia ni nak
mengambil kesempatan. Ketika itu tangan kirinya sengaja memeluk
pinggangku. Aduh, geli betul. Aku tak boleh nak tolak.
"Yelahh, mak. Duduklah lama-lama kat sini. Mak pun tentu bosan duduk
kat rumah, lagipun ayah kerja." Aku terpaksa menipu. Kalau boleh nak
saja aku menyuruh mak dan ayah balik sekarang juga. Bukannya aku tak
sukakan mereka tapi aku tak mahu berlakon lagi.
"Tak bolehlah macam tu. Kamu dah berkeluarga. Mak dan ayah tak nak
ganggu kamu. Kami ni datang saja nak melepas rindu. Dua hari lagi
kami baliklah."
Alamak 2 hari lagi??? Terasa seperti 2 tahun nak menunggu mereka
balik.
Aku lihat Harriz tersenyum meleret. Makin erat dia memeluk
pinggangku. Suhu di kepala aku ni dah mendidih. Rasanya nak saja aku
cekik-cekik Harriz sekarang. Betul-betul mengambil kesempatan. Aku
pantas bangun. Semua mata memandang ke arah aku.
"Tak pelah, mak ayah. Ain ada hal sekarang ni. Pukul 2 petang Ain
ada mesyuarat dengan pelanggan. Nanti malam baru Ain balik. Mak dan
ayah tak payah tunggu Ain. Tak tahu pukul berapa Ain balik."
"Hari ni
Sepatutnya, masa cuti jangan diganggu. Kamu tu dah kahwin, dah
bersuami. Kamu kena jaga makan pakai si Harriz ni. Kesian Harriz."
Berbakul-bakul ibu membela Harriz. Eeeee….bertambah- tambah geram
aku. Ayah hanya tersenyum. Tak banyak cakap. Malas nak masuk
campurlah tu. Pendek kata, apa saja yang ibu cakap ayah akan setuju.
Betullah mereka ni satu kepala.
Berbeza aku dan Harriz, ibarat panggang jauh dari api.
"Ain memang ada hal petang ni, mak. Tak boleh nak tolak. Pelanggan
Ain tu dari Jepun. Dia tak boleh lama kat sini." Aku membalas kata-
kata ibu dengan harapan Harriz akan membantu aku.
"Takpe, mak. Saya tak kisah, lagipun selama ni tak pernah kurang
kasih sayang Ain pada saya. Lagipun saya kenal pelanggan Jepun tu.
Dia kawan lama saya masa kursus kat Tokyo dulu." Harriz menyokong
aku.
Lega rasanya di hati. Aku memandang Harriz. Dia hanya tersenyum.
Tiba-tiba saja dihulurkan tangannya supaya aku mencium tangannya.
Mahu tak mahu terpaksalah aku bersalam dan mencium tangan Harriz.
"Saya pergi dulu, bang.." Lembut aku bersuara meminta izin. Mak dan
ayah tersenyum-senyum memandang gelagat kami berdua. Rasa senang di
hati mereka melihatkan kemesraan aku dan Harriz yang sebenarnya
dibuat-buat.
************ *
Aku terlalu rindukan Izham. Kenapa Izham tiba-tiba sahaja
menghilangkan diri. Sudah lama dia tak menghubungi aku. Hampir 3
bulan aku tak mendengar suaranya. Izham masih lagi di London.
Dahulu, di awal usia perkahwinan kami Izham sering menelefon aku.
Suaranya benar-benar memberi aku semangat. Izham tahu mengenai
masalah aku dan Harriz.
Dia juga tahu rancangan aku mengenai `perkahwinan kontrak' ini.
Izham langsung tidak memarahi aku. Dia tahu bahawa aku menerima
Harriz bukan atas dasar cinta tapi atas dasar hormat aku pada ayah.
Dia jugalah yang menyokong aku dan katanya lagi bahawa dia sanggup
menunggu aku bukan saja setahun malah selama hayatnya masih hidup
dia sanggup menanti aku. Aku dapat rasakan ketika itu akulah wanita
yang paling bertuah kerana dapat memiliki cinta Izham yang betul-
betul ikhlas menyayangi aku.
Namun suara Izham hanya dapat aku dengar 3 bulan yang lalu. Di mana
Izham sekarang? Mungkinkah dia terlalu bosan menunggu dan terus
menunggu kehadiran aku dalam hidupnya? Ahh... kalau aku jadi Izham
pun sudah pasti perkara yang sama akan aku lakukan. Satu tahun
bukannya tempoh yang singkat. Sedangkan hati boleh berubah inikan
pula penantiannya yang boleh dianggap satu angan-angan yang tak
pasti.
Ini semuanya berpunca daripada Harriz. Kadangkala aku terlalu
bencikan Harriz tetapi kehadiran Harriz jugalah sedikit sebanyak
telah mengubah hidup aku. Tidak dapatku sangkal bahawa dia seorang
suami yang baik, dan benar-benar mengambil berat tentang diri ini.
Aku sahaja yang tidak pernah menghargai kehadirannya dalam hidup
aku. Tiada lelaki lain selain Harriz yang tulus ikhlas menyayangi,
menyintai, dan menghormati aku. Bila difikir-fikirkan, aku rasa
bertuah kerana punya seorang suami yang terlalu memahami aku.
Memanjakan aku seolah-olah aku ini budak kecil yang perlu didodoi.
Aku sakit dia menjadi doktorku, aku lapar dia menjadi tukang masakku
malah bila aku terlambat ke pejabat dia sanggup menghantarku
sedangkan ketika itu dia punya urusan lain. Tapi, kenapa mesti
Harriz? Bukan Izham?
Tiba-tiba saja hati aku terdetik, mungkinkah jodohku memang bersama
Harriz. Sisa-sisa hayatku adalah hidup bersama Hariz sehingga aku
mati. Di mana Izham sekarang? Kenapa dia menghilangkan diri? Sudah
tiada lagi cintakah di dalam hatinya untukku? Atau aku sahaja yang
mengangankan sesuatu yang bukan milikku. Sedangkan sesuatu yang
sudah tentu menjadi milikku aku abaikan begitu saja. Antara Harriz
dan Izham?? Siapa yang harus aku pilih? Ooohhh…Terlalu sukar hidup
ini.
"Masih panas lagi suhu badan awak ni. Saya bawa awak ke klinik.."
Aku ingat lagi peristiwa pertama yang mencetuskan rasa sayang aku
pada Harriz dan wujudnya rasa cinta dan kasih di hati ini pada
Harriz. Ketika itu aku demam panas. Memang aku tak mampu nak berbuat
apa-apa kerja ketika itu.
Nak bangun dari katil pun tak terdaya. Mungkin waktu itu aku terlalu
rindukan Izham dan dalam masa yang sama aku juga sibuk dengan kerja-
kerjaku di pejabat.
"Tak pe, saya sihat. Panas sikit je. Lepas makan Panadol, sihatlah.
Awak tak payah nak risaukan saya. Saya tahu apa yang saya buat. Awak
buatlah kerja awak. Jangan ganggu saya, boleh tak?" Aku meninggikan
suara.
Tapi bukannya aku marahkan Harriz, cuma aku tak tahan dengan
kesakitan di kepala yang aku alami. Harriz masih tak berganjak. Dia
meletakkan tangannya di dahiku. Aku menepis dengan kuat tangan
Harriz. Berkerut-kerut dahiku menahan sakit. Aku
tak mampu. Dengan pantas tanpa pedulikan kemarahanku, Harriz terus
mendukungku keluar dari bilik. Aku benar-benar terkejut dengan
tindakannya. Habis tubuh Harriz menjadi sasaran aku untuk memukul.
"Awak nak bawak saya ke mana ni ? Lepaskan saya!!" Aku
tapi badan aku terlalu lemah dan tak mampu untuk aku meninggikan
suara.
"Awak sakit di hadapan mata saya. Takkan saya nak jadi orang bodoh
untuk dengar kata-kata awak supaya tinggalkan awak dalam keadaan
macam ini. Saya nak bawak awak ke klinik. Nyawa awak lebih penting
sekarang."
Harriz….Sungguh mulia hatimu. Aku buta untuk menilai kasih sayangmu
yang mencurah-curah mencintai diri ini sedangkan aku terus bodoh
menanti pada orang yang tak pasti.
Sedikit demi sedikit hati wanitaku mulai cair. Sepanjang aku
terlantar sakit Harriz menjaga aku siang dan malam. Dia sanggup
mengambil cuti semata-mata untuk menemani aku. Segala makan dan
pakai semuanya Harriz yang lakukan untuk aku, biarpun pada mulanya
aku malu dengan tindakan Harriz.
Entah mengapa, perasaan benci dan marah dalam diri ini pada Harriz
berubah menjadi kasih dan sayang pada Harriz. Aku benar-benar
terharu dengan keikhlasannya selama ini dan aku juga bangga dengan
ketabahan Harriz yang sanggup hidup bersama aku susah dan senang.
Dia tidak pernah kisah dengan caci makiku dan kutukan aku pada
dirinya selama ini.
Kesabarannya terhadap kedegilan aku membuatkan aku mula jatuh cinta
pada Harriz. Tetapi keegoan aku mengatasi segalanya. Aku malu untuk
meminta maaf pada Harriz walaupun selama ini aku yang banyak
melakukan kesilapan.
Aku tahu, aku seorang isteri tapi aku tak pernah menjalankan
kewajipanku. Aku gagal menjadi isteri yang sempurna pada Harriz.
Dua minggu lagi akan tamatlah ikatan kontrak perkahwinan kami.
Sepatutnya aku boleh gembira sekarang kerana tidak lama lagi Harriz
akan melafazkan kata-kata keramat bagi seorang isteri. Namun,
kegembiraan itu tidak dapat aku rasakan sekarang. Buat pertama kali
dalam hidup aku, aku dapat melupakan ingatan aku pada Izham.
Kerinduan pada Izam sudah tiada lagi.
Yang terbayang di dalam fikiran aku sekarang hanyalah Harriz Bin
Hisham, seorang suami yang terlalu agung darjatnya dalam hati aku.
Aku benar-benar takut untuk berpisah dengan Harriz. Selepas ini
Harriz bukanlah lagi peneman setia aku. Aku dapat rasakan bahawa
hidupku selepas ini akan sunyi. Tiada lagi senyuman Harriz dan
gurauan Harriz. Ooohh..TuHAN! ! Apa yang telah aku lakukan sekarang?
"Selagi awak di hadapan mata saya dan awak hidup bersama saya,
selagi itulah kewajipan saya sebagai suami akan saya lakukan.
Biarpun dalam kontrak tidak tertulis, namun sudah menjadi
tanggungjawab seorang suami supaya menjaga isterinya samada dalam
keadaan susah mahupun senang. 2 minggu lagi, hubungan kita akan
tamat. Tapi, percayalah biarpun sehari malah sesaat pun, awak tetap
di hati saya. Saya tahu kebencian awak pada saya tidak akan hilang.
Begitu juga dengan cinta saya. Ianya tidak akan pernah pudar. Andai
diberi peluang sekali lagi, saya mahu teruskan hidup ini bersama
awak Nurul Ain. Nama awak sudah terpahat di dalam hati saya."
Harriz mengusap rambutku dengan kain basahan sewaktu memandikan aku
yang terlantar sakit. Tiba-tiba satu ciuman diberikan di dahiku.
Terasa ingin mengalir air mata ini, namun aku dapat bertahan. Mataku
ketika itu masih tertutup. Mungkin Harriz menyangkakan aku sedang
tidur tetapi tidak sebenarnya. Segala kata-kata luahan hati Harriz
dapat aku dengar cuma aku tidak berani untuk menatap wajah Harriz
ketika itu.
Harriz, kenapa kau terlalu baik pada diri ini yang seharusnya tidak
layak untuk berada di hatimu yang suci itu. Aku tidak mampu untuk
menyintai seperti mana engkau menyintai aku. Andai engkau dapat
mendengar luahan hati ini, berjuta-juta kemaafan ku pohon darimu
tapi untuk meluahkannya hati aku amat berat. Aku malu sebenarnya
Hariz. Terasa kecil diri ini di hadapan matamu Harriz.
"Kenapa awak menerima saya untuk menjadi isteri awak sedangkan
sebelum ini kita tidak pernah berjumpa. Awak tak pernah mengenali
saya, tapi awak sanggup berkahwin dengan saya. Bukankah itu satu
tindakan yang bodoh namanya?" Aku memberanikan diri untuk bertanya
pada Harriz sewaktu kami menjamu selera di sebuah restoran selepas
balik dari berjumpa dengan ibu dan ayah. Harriz tersenyum. Dia
memandang aku. Aku jadi kaget.
"Soalan itu rasanya sudah saya jawab sebelum kita menjadi suami
isteri lagi. Nama awak sebenarnya sudah lama terpahat di dalam hati
saya. Hampir dua tahun saya mengenali awak sebelum saya berjumpa
dengan awak." Harriz sengaja menoktahkan ayatnya di situ supaya aku
semakin keliru. Kali ini aku yang memandang wajahnya dengan seribu
pertanyaan di kepala.
"Dunia ini tidaklah sebesar mana. Tuhan mentakdirkan hidup saya
supaya bertemu dengan awak bukan di bumi
belajar di luar negara dan sama universiti dengan awak." Aku
ternganga.
Ligat otakku mengingati semula wajah-wajah pelajar Malaysia yang
pernah aku jumpa di London. Rasanya tiada langsung wajah Harriz yang
pernah aku jumpa. Betulke dia ni atau sengaja nak memainkan aku?
"Setahu saya pelajar Malaysia tidaklah sebanyak mana pun, tapi
kenapa saya tak pernah berjumpa dengan awak? Awak jangan nak
bergurau dengan saya." Aku seakan tidak percaya. Benarkah apa yang
Harriz cakapkan sebentar tadi?
"Saya belajar part time. Awak memang tidak akan perasan saya. Saya
belajar waktu malam, tapi awak dan Izham selalu datang makan di
restoran tempat saya bekerja. Ingat tak Café Bistroze? Saya jadi
pelayan bar di situ. Maklumlah, saya ni orang miskin, tak mampu nak
belajar sepenuh masa.
Siang saya bekerja dan malam saya belajar. Ketika itulah saya sempat
mengenali awak." Harriz menamatkan ayatnya di situ. Dia menghabiskan
minuman. Aku terdiam. Sungguh tak ku sangka, dunia ini terlalu
kecil. Tuhan menemukan aku dan Harriz tanpa aku mengenali siapa
dirinya. Harriz terlalu pandai menyimpan rahsia.
"Esok, genap setahun kita menjadi suami isteri yang sah seperti mana
termaktub dalam kontrak yang telah saya tandatangani. Biarpun hati
ini berat untuk melepaskan awak tapi saya tidak pernah lupa dengan
janji saya.
"Melukakan hati dan perasaan awak adalah satu dosa paling besar di
mana saya tidak dapat memaafkan diri saya sendiri. Awak terlalu suci
di mata saya. Awak tak pernah bersalah dengan saya. Saya yang
seringkali melukakan hati awak selama ini. Saya benar-benar berharap
agar awak dapat ampunkan dosa-dosa saya." Harriz tertunduk menahan
sebak di dada.
"Terus terang saya katakan, esok adalah hari yang paling saya
takutkan. Saya dapat rasakan bahawa esok akan mengubahkan segala
takdir hidup saya yang selama ini saya rasakan indah. Hidup bersama
awak adalah satu kenangan yang paling manis buat saya. Segalanya
berubah bila awak hadir dalam diri saya. Awak adalah semangat saya
untuk saya teruskan hidup ini yang kian singkat…."
Aku rasa hairan dengan kata-kata terakhir Harriz. Apa yang dia
maksudkan? Hariz yang berada di hadapan aku sekarang bukanlah Harriz
yang selama ini aku kenal. Aku dapat lihat perubahan di wajahnya.
Lain benar seakan menyimpan satu rahsia yang tidak aku ketahui. Aku
juga dapat lihat air mata lelakinya hampir mengalir tapi mampu
ditahan.
"Awak tak pernah bersalah dengan saya. Saya yang sepatutnya memohon
ampun dan maaf dari awak kerana dosa saya sebagai isteri adalah
terlalu besar. Saya kagum dengan awak kerana menghormati saya dan
keputusan saya selama ini. Awak seorang lelaki yang terlalu baik dan
saya tidak layak untuk berada di hati awak. Saya percaya, selain
saya akan ada seorang wanita lain yang akan muncul dalam hidup awak
dan benar-benar menerima cinta awak dan menyayangi awak lebih dari
segala-galanya di dunia ini."
Aku juga menahan sebak. Tidak mahu air mata ini mengalir di
hadapannya. Percayalah Harriz, sesungguhnya hati ini telah lama
engkau miliki tapi aku tak mampu untuk berterus terang. Aku perlukan
masa. Tidak tahu berapa lama lagi.
Aku sebenarnya terlalu malu untuk berhadapan dengan dirimu yang
tulus ikhlas mencintai aku. Aku tahu, aku bodoh selama ini kerana
tidak nampak sebutir permata yang boleh menerangi sepanjang hidupku.
Harriz hanya mampu tersenyum. Dia memegang tanganku lantas ciuman
kasihnya diberikan. Aku dapat rasakan mungkin itu adalah ciumannya
yang terakhir sebelum kami berpisah.
"Selepas ini, saya harap awak tidak akan hilangkan ingatan awak pada
saya. Biarpun diri saya ini hanyalah sebesar zarah di hadapan mata
hati awak, namun awak jangan lupakan saya. Kalau boleh, biarlah
berkekalan sampai ke akhir hayat awak. Setahun adalah satu tempoh
yang singkat untuk saya lebih mengenali awak.
"Kalau Tuhan mentakdirkan umur saya panjang ingin rasanya sekali
lagi saya harungi hidup ini bersama awak di dalam satu keadaan yang
berbeza di mana awak benar-benar mencintai saya dan menyayangi saya
sepenuh jiwa dan hati awak. Andai terjadi, saya dapat rasakan bahawa
sayalah manusia yang paling bertuah dapat memiliki awak." Kami
bertentangan mata buat kali terakhir. Aku jadi sayu apabila
memandang wajahnya. Takdir kami akan berubah esok. Mungkinkah ianya
terjadi….
Malam itu aku tidur di dalam seribu ketakutan. Esok pasti akan
terjadi, begitu juga dengan lafaz kontrak akan termaktub.
Ahhh..undang- undang yang dibuat manusia. Sentiasa menyusahkan.
Takdir hidup aku esok akan ditentukan. Aku tahu bukan sahaja aku,
malah Harriz lebih merasai ketakutannya. Dia terlalu mencintai aku.
Malah kerana cintanya itu akhirnya memakan dirinya sendiri. Dia
menghormati segala keputusan aku kerana ikhlasnya cinta Harriz pada
diri ini.
Keesokan harinya aku terlewat bangun. Tergopoh gapah aku keluar dari
bilik. Aku dapat rasakan sesuatu…Harriz tiada di dalam biliknya.
Begitu juga dengan kereta Harriz, tiada di luar. Aku terduduk di
ruang tamu.
Terlalu cepat Harriz meninggalkan cintanya. Tidak sempat untuk dia
berkata sesuatu pada aku buat kali yang terakhir. Mungkin Harriz
tidak mampu untuk berhadapan dengan aku.
Kontrak perkahwinan terletak kemas di atas meja. Aku dapat lihat
sepucuk sampul
aku berdebar-debar. Semakin lama getaran di dadaku semakin terasa.
Tanganku menjadi sejuk. Menggigil-gigil jari jemari ini untuk
menyentuh surat tersebut. Lama aku perhatikan surat Harriz. Aku tak
sanggup nak buka kerana aku tahu segala keputusan semuanya berada di
dalam baris-baris ayat surat tersebut. Aku takut, namun, aku pasrah.
Ia kehendak Tuhan dan hati aku sendiri. Aku harus menerima segala
keputusan dengan tenang.
Lagipun selama ini itulah yang aku minta pada Harriz biarpun Harriz
berat untuk melakukannya. Dengan lafaz Bismillah aku membuka
lembaran
"Bahawasanya saya HARRIZ BIN HASHIM dengan ini menceraikan NURUL AIN
BT HAMDI dengan talak satu. Segalanya adalah mengikut kontrak
perkahwinan yang telah kami tandatangani iaitu bertarikh 30 DISEMBER
2002"
-HARRIZ BIN HASHIM-
Dia benar-benar melakukannya… Pertama kali air mataku mengalir. Aku
kini bukan milik Harriz lagi. Tahniah untuk diriku sendiri kerana
permainkan undang-undang Tuhan dan natijahnya aku yang terima
sekarang.
Ooohh..Harriz. Kenapa kau berlalu pergi begitu saja. Tiada langsung
ucapan selamat tinggal yang keluar dari mulutmu. Kenapa hatimu
terlalu lembut?
Kenapa kau tidak memujuk aku supaya jangan berpisah ? Andai ianya
berlaku sudah pasti aku tak mahu engkau meninggalkan aku. Aku mula
menyayangi dirimu Harriz.. Benih-benih cinta dan kasih dalam diri
ini pada Harriz sudah bercambah tapi aku tak mampu untuk tunaskannya…
************ *
Hampir 2 bulan selepas perceraian kami aku tidak pernah bertemu
dengan Harriz. Dia menghilangkan diri begitu sahaja. Aku tidak tahu
ke mana Harriz membawa diri. Sudah puas aku mencari tapi Harriz
tidak juga aku temui. Aku sudah bernekad bahawa aku mesti mencari
Harriz.
Aku ingin mengikat semula tali perhubungan kami yang terputus. Aku
telah bersumpah bahawa tiada lelaki lain selain Harriz yang boleh
menjadi suamiku. Aku ingin bina semula istana cinta kami yang telah
aku runtuhkan dahulu disebabkan kebodohan aku.
Tapi, di mana aku nak mencari Harriz? Sudah merata tempat aku pergi.
Telah pelbagai cara aku lakukan namun gagal. Adakah sengaja Harriz
tidak mahu berjumpa dengan aku? Terlalu besarkah dosa aku padanya?
Ibu dan ayah sudah tahu mengenai perceraian aku dan Hariz. Mereka
benar-benar terkejut dengan tindakan kami pada mulanya. Ayah
marahkan aku, begitu juga ibu. Aku tahu aku yang bersalah. Namun
marah mereka tidak lama kerana mereka tahu takdir sudah tertulis
bahawa aku dan Harriz tidak boleh kekal bersama cuma mereka kesal
dengan sikap dan perangai aku yang tidak pernah berubah. Aku terlalu
degil dan sukar untuk dibentuk. Tapi itu dulu, sebelum kehadiran
Harriz. Sekarang, aku bukan seperti aku yang dulu.
Harriz telah mengubah pendirian aku. Dialah punca segala-galanya.
Dia jugalah yang telah membuka pintu hati ini untuk mengenal apa itu
erti cinta, kasih, sayang dan rindu.
Aku terlalu rindukan kehadiran Harriz di sisi. Cinta, kasih dan
sayang pada Harriz semakin hari semakin bertambah. Nama Izham terus
hilang dari ingatan aku. Dia bukanlah lelaki yang boleh dipercayai.
Segala kegiatan jahatnya terbongkar apabila satu hari aku terbaca
diari Harriz yang tertinggal di rumahku selepas Harriz menghilangkan
diri pada pagi yang keramat itu.
Setiap detik dan hari sudah pasti ada kisah aku dan Izham di London
tertulis di dalam diarinya. Dari situlah aku tahu, Izham bukanlah
seorang lelaki yang jujur. Dia banyak memainkan perasaan wanita
seperti aku. Sampai sekarang Harriz tidak tahu bahawa aku telah
membaca diarinya.
Segala isi hatinya dan perasaannya pada aku ditulis dalam diari itu.
Barulah aku tahu memang Harriz lebih mengenali aku daripada aku
mengenali diriku sendiri. Dia begitu hebat di hati aku kini.
Harriz…..Di mana kau sekarang…
Suatu hari, aku dapat berita yang rasanya boleh meluruhkan jantung
aku di saat itu jua. Berita tentang orang yang sangat-sangat aku
ingin jumpa. Akhirnya dapat juga aku mendengar berita tentang Harriz
tetapi malang kerana ketika itu aku berada di luar negara
menguruskan perniagaan ayah yang ada masalah.
Aku menggantikan kerja-kerja Harriz kerana Harriz bukan sahaja
berpisah dengan aku malah jawatannya sebagai CEO di syarikat ayah
juga turut dilepaskan. Ibu yang menelefon aku ketika itu
mengkhabarkan berita tidak baik tentang Harriz. Harriz kini berada
di wad jagaan rapi (ICU). Harriz sakit kuat sekarang. Begitulah kata-
kata terakhir yang sempat aku dengar dari ibu kerana perbualan kami
terputus disebabkan cuaca buruk di
mengalami musim sejuk.
Aku tidak dapat menghubungi ibu untuk mengetahui berita selanjutnya
tentang Harriz. Aku menangis semahu-mahunya. Aku ingin pulang segera
tapi semua penerbangan dibatalkan untuk beberapa hari kerana cuaca
buruk. Aku takut andai aku akan kehilangan Harriz dan aku tak
sanggup untuk mendengar berita kehilangan Harriz sekali lagi. Harriz…
Ya Tuhan, selamatkan Harriz.
Andai ada jodohku bersama Harriz, pertemukanlah kami di bawah
limpahan rahmat kurniamu… Aku tidak dapat tidur lena selepas
mendengar berita Harriz. Setiap waktu yang berlalu aku terkenangkan
Harriz. Bagaimana keadaan Harriz sekarang? Jariku tidak putus asa
ligat mendail nombor telefon ibu, namun tidak berjaya. Setiap saat
degup jantung ini dapat aku rasakan semakin laju.
Semuanya kerana mengenangkan keadaan Harriz. Mungkin sekarang Harriz
amat memerlukan aku berada di sisinya tapi aku tak boleh Harriz.
Kita terpisah dengan benua dan lautan. Aku jauh darimu tapi hati ini
terlalu dekat padamu. Andai kau dapat mendengar suara hati ini,
ingin aku katakan bahawa di saat ini aku sentiasa mendoakan agar
dirimu selamat dan dijauhkan dari segala kesulitan hidup.
Akhirnya malam keramat itu telah merubah takdir hidupku sekali lagi.
Tidak dapat aku lupakan, bagaimana sayunya suara ibu menyampaikan
berita yang paling takut untuk aku dengar. Mungkin ini adalah
balasan Tuhan di atas keangkuhan aku memainkan undang-undang ciptaan
Tuhan selama ini.
Harriz…Nama itu kini hanya tinggal bayangan masa silam. Dia benar-
benar telah meninggalkan aku bersama kenangannya. Harriz tidak lagi
akan aku temui sampai bila-bila…
"Maafkan ibu, Ain. Ibu tak dapat hubungi Ain dua hari yang lalu.
Harriz sudah tiada lagi di dunia ini. Dia dah tinggalkan kita semua
buat selama-lamanya. Maafkan ibu, ibu lambat beritahu Ain. Kanser
hatinya dah semakin merebak dalam tubuh Harriz. Dia terlalu rindukan
Ain tapi dia tak mampu untuk bertahan lama. Ibu benar-benar minta
maaf Ain….."
Kata-kata ibu tidak berupaya lagi untuk aku dengar. Aku terasa
berada di awangan. Semuanya bagaikan halilintar yang membelah bumi.
Aku terduduk.
Air mata mengalir tanpa henti. Aku menangis dan terus menangis tanpa
henti. Tidak sempat untuk aku sujud di kakinya, memohon ampun dan
maaf. Dosa aku terlalu banyak pada Harriz.
"Maafkan Ain, Harriz. Ain bersalah pada Harriz dan Ain tidak sempat
untuk sujud di kaki Harriz. Maafkan Ain, maafkan Ain…" Aku menjerit
sekuat hati tapi siapalah yang mampu untuk menenangkan aku di saat
itu. Aku keseorangan. Ibu dan ayah tiada di sisi. Hanya semangat
Harriz yang wujud dalam diri ini tapi kini Harriz meninggalkan aku
secara tiba-tiba.
Aku hilang arah tuju. Dunia dapat aku rasakan gelap. Harriz tidak
pernah menceritakan pada aku tentang penyakitnya. Patutlah kata-kata
Harriz malam itu aku rasakan lain. Dia benar-benar maksudkannya.
Kalaulah aku tahu begini jadinya tidak akan aku bertindak bodoh
untuk berpisah dengan orang yang ikhlas mencintai aku. Akan aku jaga
Hariz sehingga dia mengucapkan lafaz kematian di hadapan mata aku
sendiri. Tapi, itu semua telah terlambat untuk dijadikan realiti
dalam hidup aku. Hariz meninggalkan aku di saat-saat cinta ini telah
berputik.
Kepulangan aku ke bumi Malaysia tidak membawa apa-apa makna pada aku
kerana orang yang ingin sangat aku jumpa selama ini sudah pergi.
Hanya pusara yang tinggal untuk aku lawati. Setitis demi setitis air
mata ini jatuh mengalir tatkala aku sampai di pusara Harriz. Aku
dapat merasakan Harriz seakan berada di sebelah aku melihat aku
mengalirkan air mata kerana meratapi kematiannya.
Harriz, jika dapat kau dengar luahan hati ini, ingin sekali aku
bermohon ampun dan maaf padamu yang tidak pernah sempat terucap di
bibir ini biarpun ketika kita bersama. Baru kini aku dapat menilai
erti cintamu yang mendalam terhadap diri ini. Aku terlalu angkuh dan
keegoan ini telah memakan diri aku sendiri.
Sepucuk surat yang terakhir kau tujukan untukku baru kini dapatku
baca. Meruntun hati ini tatkala aku membaca bait-bait puisi yang
engkau karangi hanya semata-mata untukku. Aku tahu aku benar-benar
bersalah !!!..
Ikhlasnya cintamu itu tidak setanding dengan apa yang ada di dalam
hati ini untuk aku beri. Rendahnya martabat diri ini jika kita dapat
bersama. Selafaz doa aku bacakan untukmu, begitu jua jutaan kemaafan
aku pohon padamu Harriz…
Sajak yang ditujukan khas buat diri ini tidak puas aku membacanya.
Sekali lagi aku menatap agar ia dapat menenangkan aku kerana tidak
dapat melihat di saat-saat pemergianmu yang tidak dirancang tapi
telah ditentukan Tuhan.
Sesungguhnya… syurga seorang suami
adalah ketika bersama isterinya
dalam susah dan senang…
Permata hati buat isteri yang disayangi
Nurul Ain Bt Hamdi…
Dunia saya sewaktu bersama awak dirasakan amat luas…. Awak adalah
anugerah Tuhan yang tak ternilai buat saya… Biarpun cinta ini tidak
pernah wujud dalam diri awak… Namun, harapan itu tetap ada dalam
impian saya Saya sayang awak lebih dari segalanya Saya mencintai
awak dengan setulus hati Tatkala lafaz nikah terucap di bibir ini
Memiliki awak adalah amanat yang harus saya jaga sebagaimana Tuhan
menciptakan Adam untuk Hawa… Namun, pemergian saya tak dirancang…
Bila-bila masa sahaja nyawa ini akan menghentikan nafasnya. Biarpun
saya tiada di sisi awak lagi Saya harap awak tidak pernah lupa akan
diri ini yang sentiasa mencintai awak…
-HARRIZ BIN HASHIM-
01 JANUARI 2003
Drpd seorang kenalan internet:
Intan Farah Dina bt Zaine
__._,_.___
0 0 komen terbaek!!:
Post a Comment