Friday, December 9
Soal Jawab Agama:Amalan Yang Tidak Diterima Allah
Soalan:
Apakah perkara atau perbuatan yang boleh
menyebabkan amalan seseorang itu tidak dapat
diterima di sisi Allah S.W.T.?
Hamba Allah,KL
Jawapan:
Pahala kebaikan kita dapat hilang jika kita
melakukan perkara yang dapat melenyapkan pahala
kita tersebut umpamanya jika kita memiliki
sifat hasud dan dengki. Abu Laits Assamarqandi
dengan sanadnya daripada Al Hasan, Rasulullah
SAW bersabda maksudnya: "Hasud dan dengki itu
keduanya akan memakan habis hasanat atau
kebaikan seperti api memakan kayu bakar".
Pahala kebaikan kita juga akan musnah jika kita
murtad daripada ajaran Islam dan hingga akhir
hayat tanpa bertaubat. Perbuatan meninggalkan
solat juga menyebabkan seluruh amalan kita tidak
dapat diterima disisi Allah sebagai amal
kebajikan yang diberi pahala. Sebab solat
merupakan tiang agama, jika solat telah kita
tinggalkan maka musnahlah segala amalan
kebajikan kita, tidak ada tempat untuk
bergantung. Wallahu A'lam.
Sila rujuk buku:
1. 170 Amalan yang Ditolak DN 261
(Sumber:artikel yang Misszue terbaca)
tag:sharing is caring
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 0 komen terbaek!!:
Post a Comment