Friday, December 9
Soal Jawab Agama:Antara Puasa Enam dan Puasa Qada'
Soalan:
Ustaz, ada orang mengatakan setelah kita
mengerjakan puasa enam kita tidak perlu membayar
puasa qada. Boleh ustaz selesaikan kemusykilan
saya ini?
Jam, JB
Jawapan:
Fuqaha Hanafiyah, Syafeiyah dan Hanabilah
mengatakan bahawa puasa enam hari pada bulan
Syawal itu adalah sunat hukumnya. Jamaah ahli
hadis kecuali Bukhari meriwayatkan dari An Nasai
dari Abu Ayyub al Anshari bahawa Nabi SAW
bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa yang
berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian
diiringinya dengan berpuasa enam hari pada bulan
Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa
selama setahun penuh". Jadi puasa enam pada
bulan syawal ini merupakan puasa sunat sahaja.
Mengqada puasa adalah kewajipan kita
menggantikan puasa yang tertinggal pada bulan
Ramadha kerana sebab-sebab tertentu. Setengah
ulama mengatakan kita perlu mengganti puasa
wajib yang kita tertinggal itu barulah kita
mengerjakan puasa sunat yang lainnya. Jadi
antara puasa qada' dan puasa sunat enam hari
pada bulan Syawal, perlulah dipisahkan antara
yang Fardhu (wajib) dan yang Sunat. Kerjakanlah
puasa qada' dahulu barulah kerjakan yang sunat
kerana itulah yang lebih afdal. Wallahu A'lam.
Sila rujuk buku:
1. Bimbingan Lengkap Fardhu 'Ain - IBADAH PUASA
DN 054
(Sumber: Artikel yang Misszue baca~actually suma soaljawab ni misszue kumpul n xingat drp mana misszue amik.juz share mana ilmu yg bole dimanfaatkan sume.sebarang kemusykilan sila rujuk pada ustaz n ustazah)
Tag:sharing is caring
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 0 komen terbaek!!:
Post a Comment