"Sesungguhnya Yang Baik Dari Allah,Yang Buruk Dari Diri Ini Sendiri"


Friday, December 9

Tersedu Di Kaki Sahur

Tersedu Di Kaki Sahur

Sabtu
22 Oktober 2005
7:30 pagi

“Ah! Tension betul aku hari ini.. sudahlah pagi tadi aku tidak sempat hendak bersahur.. nak harapkan kawan sebilik yang ada ini pun..memang tidak boleh diharap, macam tidak bermakna sahaja aku mempunyai kawan sebilik seperti dia orang ini..pagi ini pula aku ada exam nahu..seorang pun tidak terasa hendak kejutkan aku”, getus hati Afiq . Marah benar dia dengan sikap teman-teman sebiliknya.

Dicapainya tuala mandi, lalu bergegas ke bilik air. Takut lambat ke dewan peperiksaan. Afiq selalu saja tertinggal solat subuh. Selalu sahaja sembahyang subuhnya itu pada pukul 8 pagi.

Puasa kali ini tidak berseri langsung bagi Afiq, dirasakan hanya memenatkan dirinya sahaja dengan kehadiran bulan Ramadhan kali ini..Sudahlah “time” orang nak periksa..Tambahan pula,dia tidak dapat merokok di siang hari, runsing betul perasaannya bila dia tidak dapat untuk merokok seharian. Malamnya pula, langsung dia tidak teringin untuk bersolat terawikh walaupun bersendirian. Apatah lagi kalau nak pergi berjemaah di masjid, hendak menjejak kaki ke masjid pun dia jarang. Samalah seperti bulan-bulan lain sebelum Ramadhan menjelang.

Kekadang itu, solat jumaat pun ada yang tertinggal olehnya. Harap sahaja mengaji di UIA, Universiti Islam Antarabangsa.. tapi perangainya, masya-Allah.. lebih daripada orang yang tidak belajar agama.. main gitar sampai tidak tahu hendak menghormati waktu solat, mengganggu kawan-kawan hendak studi di bilik sudah menjadi perkara biasa bagi dirinya. Walaupun Afiq selalu dimaki oleh fellow yang sudah menjadi kebiasaan di setiap semester atas kesalahan merokok dan membuat bising, namun dirinya tidak pernah mengenal erti serik dengan segala sikap buruknya itu.

Begitulah yang selalu dilakukan Afiq sehari-hari selama dia berada di kampus, perangainya masih tetap sama..tidak pernah berubah daripada dahulu sampailah sekarang. Kawan-kawan yang menasihatkan dirinya "ibarat menuang air di atas daun keladi”.. tidak pernah diendahkan akan segala nasihat kawan-kawan yang sampai ke cuping telinganya itu.

“Shidi, esok kau kejutkan aku pukul 3:30 pagi.. jangan tak kejutkan aku pula, ingat kau seorang saja hendak bersahur?”, kata Afiq sebelum dia melangkah keluar dari biliknya.

“Insya-Allah,Afiq..pagi esok aku akan kejutkan kau, jangan kau pula yang tak bangun”, ujar Shidi yang faham kerenah Afiq.

Sikap buruk Afiq itulah membuatkan sahabat-sahabatnya kurang untuk merapati dan bergaul dengannya. Cuma Shidi yang masih sudi melayani kerenahnya. Mereka sudah lama berkawan sejak di bangku sekolah lagi. Lagi pula, Afiq, Shidi dan Nizar memang tinggal sekampung. Shidi memang sudah biasa dengan kerenah dan sikap Afiq.

Walaupun dia tahu, Afiq sangat susah dididik dan dinasihati, tapi dianggapnya sebagai satu cabaran untuk melatihnya menjadi seorang da'ie.Shidi sentiasa membaca untuk menambahkan ilmunya yang masih kurang dirasakan.Boleh dikatakan setiap malam, Shidi akan menghabiskan satu bab dari buku "7 Formula Individu Cemerlang" karangan Dr. Danial Zainal Abidin selepas mengulangkaji pelajarannya.

Memilih kawan adalah amanah untuknya. Kawan juga cermin dalam hidup. Penasihat dikala terleka.Mengikut Imam Tirmizi, Rasulullah S.A.W. ada bersabda yang bermaksud, "Manusia mengikut agama kawannya. Maka perhatikan orang yang hendak menjadi kawan kamu".

Namun bagi Shidi, dia akan sentiasa tabah dengan kerenah Afiq, teman baiknya itu. Dianggapnya, segala masalah dan cabaran yang datang daripada kawan baiknya akan membantu mendidik hatinya agar sentiasa menjaga amanah itu dalam perjalanannya menuju redha Tuhannya.

Life as a journey
The most of life
The more of risks
By knowing self
By knowing others...

Who are you...
Without others!
Who are we...
Without relationship!

Gazing my life opportunity
I don’t see nothing
Until...
Everywhere I think a life
Everytime I think of you
Together forever......

* * * * * * * * * *

Ahad
23 Oktober 2005
3: 45 pagi

Udara di kampus UIA pada pagi ini agak menyejukkan. Kesejukkannya dapat dirasakan hingga sampai ke tulang sumsum. Mungkin disebabkan semalam hujan turun agak lebat.

Di Blok A 1.6 Kolej Siddiq.Afiq yang masih dibuai mimpi indah tiba-tiba terganggu apabila ada suara yang memanggil-manggil namanya, jelas suara itu kedengaran menusuk melalui rongga telinganya.

“Afiq bangun, bangun bersahur…cepatlah bangun..nanti aku simbah dengan air, tak pasal-pasal saja kau mandi atas katil pagi-pagi buta ni..semalam kan suruh aku kejutkan kau pukul 3:30 pagi..hai, sekarang dah dekat ke pukul 4 ni.. nanti habis pula lauk di kantin tu…”, sambil tangan Shidi menggoyang-goyangkan badan sahabatnya itu. Afiq sememangnya agak liat untuk bangun bersahur. Kalau Shidi tak kejutkan , sudah tentu tak bersahurlah dia hari tu.

“Yalah..Yalah.. Aku bangunlah ni..”, jawab Afiq dah tak mampu mendengar leteran Shidi yang sudah mengganggu mimpi-mimpi indahnya. Namun, matanya masih terpejam.Aaah..!sambung balik tidur ni kan lagi seronok, getus hati Afiq sambil menarik selimutnya kembali.

"Hoi! Tak bangun lagi mamat seekor ni.. tadi kata dah nak bangun.. tengok tu.. masih berselimut lagi.. nanti aku simbah air betul-betul, kau marah pula..”, Shidi sudah bengang dengan kerenah si Afiq.. panas juga hatinya pagi ni..penat dia kejutkan Afiq tadi..rupa-rupanya sahabatnya tu tarik selimut semula..memang susah betul nak mengejutkan si Afiq seorang ni.

“Kau sajalah pergi beli...beli saja sebungkus nasi goreng untuk aku, aku dah tak larat hendak bangunlah Shidi.. nanti kau sampai saja kat bilik, kau kejutlah semula aku ya”, selamba saja Afiq menyuruh sahabatnya itu. Malas betul si Afiq seorang ni.

“Afiq..Afiq..Nasib baik aku ni kawan sebilik dengan kau..tapi lain kali kau kena beli sendiri lah ya..”, berkumat-kamit mulut Shidi semasa keluar dari bilik temannya sambil menggeleng-geleng kepala. Entah apa lagi yang dileterkan oleh Shidi..Pening juga dia memikirkan kerenah temannya itu. Dia kemudian mengajak Nizar dan Haris bersama-sama pergi ke kantin.

15 minit kemudian..

“Hah Afiq.. aku sudah beli nasi goreng untuk kau ni.. kalau kau tak bangun, aku saja yang makan kesemuanya..perut aku pun tengah lapar ni..”, terdengar suara Shidi apabila dia sampai saja di muka pintu bilik mereka. Shidi berleter lagi mungkin kerana masih tak berpuas hati dengan perangai teman sebiliknya. Begitulah kerenah temannya setiap pagi.

“Yalah..Yalah.. Aku bangunlah ni..”, sambil menenyeh-nenyehkan matanya, dia terus ke bilik air untuk membasuh muka.

Sambil mengunyah makanan, tiada seorang pun di antara mereka mampu bersuara sehingga boleh mendengar suara semilir angin barat yang bertiup masuk melalui tingkap bilik yang terbuka. Masing-masing melayan perasaan semasa menjamah makanan di hadapan mereka.

Selepas sahaja bersahur, Afiq terus ke biliknya untuk menyambung kembali mimpinya yang terganggu tadi. Entah dapat entah tidak. Semalam dia tidur agak lewat selepas menonton filem “Saloon” daripada vcd cetak rompak yang dibelinya semalam .

Manakala, Shidi pula bersiap-siap untuk ke masjid seperti biasa, dia sudah berazam untuk menghabiskan 30 juzuk pada minggu ini. Sementara menunggu azan subuh berkumandang, dia cuba menghabiskan 1 juzuk al-Qur’an. Nizar dan Haris sibuk mentelaah pelajaran disebabkan mereka berdua akan menempuhi peperikasaan akhir semester bermula pada awal pagi ini.

“Hai..tak elok tu Afiq... selepas makan ni tak sepatutnya kau tidur.. boleh mendatangkan banyak penyakit..salah satunya akan menjadikan diri kau tu malas..lebih baik kau ikut saja Shidi ke masjid..atau kau baca Qur’an saja sementara menunggu Subuh ni..itu lebih berfaedah daripada kau tidur saja..”, tegur Haris bila melihatkan kawan sebiliknya itu hendak menyambung semula tidurnya.

“Aah! Apa yang kau membebel pagi-pagi ini Aris, ikut suka hati aku la sama ada aku nak tidur atau nak buat apa.. kau tu peduli apa..buat hal sendiri la beb!..lebih elok kalau kau baca saja madah kau tu.. nanti kalau aku bangun, kau kata aku kacau kau pula..bukankah kau nak exam hari ini?”, kata Afiq meluat mendengar lagi leteran teman-teman sebiliknya itu.

“Hai Afiq...Afiq.. orang menasihatkan kau tu,tak berterima kasih langsung.. sepatutnya kau bersyukur sebab ada orang ambil berat tentang diri kau di bilik ini..”, ujar Nizar marah mendengar kata-kata Afiq tadi.Afiq buat-buat tak mendengar apa yang dinasihatkan kepadanya dan dia terus menyambung semula tidurnya. Lantak kau orang la, aku tak ada "exam" hari ini..peduli apa aku, getus hati kecilnya menahan geram.

* * * * * * * * * *

Isnin
24 Oktober 2005
11: 00 malam

“Eh Shidi, apa hal kau malam ni? Aku tengok kau termenung saja sejak dari tadi... macam tak ceria saja muka kau tu.. ada masalah ke?”, sapa Nizar mengejutkan Shidi .Dilihat temannya itu termenung sendirian sedari tadi di jendela kamarnya sambil memandang pemandangan malam yang semakin berbalam. Melihat suasana bukit di belakang bilik mereka. Sememangnya bilik mereka betul-betul menghala ke arah bukit kecil itu.

“Erm.. Tak ada apa-apalah Nizar.. aku biasa saja malam ni..”, ujar Shidi sepintas, menyembunyikan perasaannya.Entah mengapa malam itu dia teringatkan arwah ayahnya.

“Kau jangan nak tipu aku lah, Shidi. Aku bukan tak kenal perangai kau tu.. kalau ada masalah saja selalu kau bersendirian..dah lama kita ni berkawan Shidi..sejak dari bangku sekolah lagi aku kenal dengan kau, lagipun di matrik kan kita pernah duduk sebilik.. Kenapa ni? Kalau kau ada masalah tu beritahulah pada aku.. mungkin aku ni tak pandai nak menasihatkan orang.. tapi sekurang-kurangnya aku nak kau tahu, masih ada orang yang sudi mendengar luahan hati kau tu”, tambah Nizar lagi seakan ingin berkongsi.

“Terima kasih Nizar..Tak ada apalah, tadi cuma memikirkan nasib aku saja selepas mati, tak tahu lagi sama ada aku dapat hidup selepas aku terlena malam ini, dosa sudah banyak aku lakukan, amalan aku hanya sejemput sahaja kurasakan.Aku rasa seperti nak saja solat sepanjang malam ni, tapi tak ikut sunnah pula.Ermmm...mungkin Allah akan mengambil nyawa aku malam ni, siapa tahu kan..”, ujar Shidi sambil tersenyum.

“Ish kau ni.. bercakap tu biar la berhati-hati sikit, menakutkan aku sajalah kau ni, Shidi..”, kata Nizar memasamkan mukanya. Takut benar dia bila mendengar perkataan mati. Naik bulu romanya.

“Eh, betul apa? Bukankah kita tidak tahu bila kita akan meninggal dunia.. Entah esok, entahkan lusa..Kematian tidak pasti bila ianya akan datang menjemput kita.. Yang pastinya, ianya tetap akan menjelma bila sudah tiba masanya.. Jadi, kita kena beringat dan bersedia untuknya.. Bak kata hukamak : Orang yang bijak itu bukanlah mereka yang memiliki Phd di tangan tetapi orang yang bijak itu adalah mereka yang selalu memikirkan hal kematian”, jelas Shidi sambil matanya memandang ke arah kawan baiknya itu.

“Yalah tu Shidi, tapi kau jangan termenung terlalu lama sangat..fikir tu, fikir juga...hai Shidi, kata-kata kau tadi tu sudah membuatkan aku serba salah saja nak tidur.. apapun aku doakan agar Allah masih memberi peluang untuk aku terus hidup di dunia ni, janganlah Dia ambil nyawa aku ini selagi amal ibadah aku yang kurang ini dapat aku tampung semula..yang penting, jangan diambil nyawa aku selagi aku tak kahwin..”, katanya sambil berseloroh walau di dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu, betapa takutnya dia mendengar hal kematian.

“Biarkanlah dia Nizar... dia tu kan banyak beramal, banyak baca Qur’an setiap hari..orang yang banyak amalan ni mestilah tidak takut mati... yang penting, dia dah tak ganggu aku tidur lagi selepas ni..”, sampuk Afiq dari biliknya. Selalu sahaja dia akan cuba menyakiti hati Shidi.Tidak tahu sama ada dia hendak bergurau atau sebaliknya.

“Astaghfirullahal ‘azim.. bawa mengucap sikit Afiq, kau tu bercakap seperti orang yang tak mengaji agama saja lagaknya..nama saja ambil jurusan Bahasa Arab di UIA..tapi perangai tidak ubah seperti orang yang tak mengaji agama..baik lagi dia orang dari kau ni”, marah Haris bila mendengar teman sebiliknya itu berkata sedemikian.

“Yalah..Yalah.. kamu bertiga ni semuanya baik-baik belaka.. aku ni saja yang teruk..”, Afiq terus tidur. Tidak terdaya lagi hendak mendengar leteran kawan-kawan sebiliknya itu.

Shidi menggeleng-gelengkan kepala melihat sikap kawannya yang seorang ini. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya , terus sahaja dia ke bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk.Usai saja dia berwuduk, dia pun ke biliknya mengemaskan katil sambil mengapai Al-Qur’an kecil yang masih dijaga dengan rapi di atas mejanya. Al-Qur'an itu telah dihadiahkan oleh arwah ayahnya semasa hari lahirnya dua tahun yang lepas. Hadiah yang dibeli semasa ayahnya pergi mengerjakan haji di tanah suci Kota Mekah pada tahun tersebut.

Apabila selesai sunat taubat, dia akan memulakan bacaan dari surah al-Fatihah, dihadiahkannya buat arwah ayahnya tersayang. Seorang ayah yang banyak mengajarnya erti kesabaran. Banyak memberi dorongan dalam hidupnya. Namun ayahnya pergi meninggalkan dirinya sebelum sempat dia membalas jasa yang telah dicurahkan kepadanya selama ini.Tuhan lebih sayangkan diri ayahnya. Shidi redha dengan pemergian ayahnya itu. Moga kau tenang berada di sana ayah, doa Shidi. Dia tak pernah lupa mendo'akan untuk arwah ayahnya setiap kali selepas solat.

Seperti kebiasaannya, dia membaca surah al-Mulk dan al-Waqi’ah sebelum melelapkan matanya.Sebaik sahaja menyudahkan ayat terakhir dari surah al-Waqi'ah itu, Shidi menutup kembali mashaf pemberian ayahnya itu. Diletaknya kembali ditempat asal. Dia bingkas dan melipat sejadah. Ayah..moga kau tenang melihat keadaan anakmu ini yang cuba untuk menjadi anak yang soleh, itulah ungkapannya sebelum matanya terlelap.

* * * * * * * * * *

Selasa
25 Oktober 2005
5:00 pagi

“Eh, tak nak bersahur kawan kita tu, Haris?.. selalunya dia yang bangun mengejutkan kita”, tanya Haris kepada Nizar.

Nizar pun pergi menjengok ke bilik Shidi, digerak-gerakkan badan Shidi. Dirasakan sejuk dan agak kaku badan temannya itu. Nizar bagai hendak pitam saja bila merasakan tubuh Shidi sudah tak bernyawa lagi. Denyutan nadi ditubuh sahabatnya itu memang ternyata sudah tiada. Nizar terketar lemah. Tangannya menggigil. Dipanggilnya Haris dengan kuat, sehingga mengejutkan Afiq yang masih terlena di bilik sebelah. Haris meluru ke bilik Shidi. Afiq juga bingkas bangun bila mendengar suara Nizar yang menangis teresak-esak kuat sambil menahan sendu di birai katil temannya itu.

Innalillahi wa inna ilaihi roji’uun...

Suasana pilu mencengkam jiwa mereka bertiga pagi ini. Sesekali angin semilir dari barat bertiup memasuki melalui celahan jendela menambahkan lagi susana yang suram dihati mereka.

Afiq yang terpaku sejak tadi tidak mampu untuk bersuara. Sekarang yang mampu hanyalah mengeluarkan air mata. Dikesat air matanya yang tidak putus-putus mengalir dari kolam matanya itu. Lalu dipeluknya Shidi. Hatinya semakin digigit pilu. Air matanya semakin deras menuruni pipi.

“Shidi... Aku bersalah Shidi..Aku bersalah...Aku minta maaf Shidi..Maafkan aku... Ya Allah! Maafkan aku.. Ampunkan aku Shidi.. Ampunkan aku..”, Afiq meratap hiba atas pemergian kawan baiknya itu. Rasa bersalah bersarang dijiwanya.

“Kuasa Allah Afiq.. Yang lepas tu lepaslah..Doakan moga dia tenang berjumpa dengan Tuhannya.. Moga-moga dia akan memaafkan dirimu”, ujar Haris menenangkan sahabatnya.

“Kita kena telifon ke rumahnya cepat, perkara ini tak boleh kita tangguh-tangguhkan..”, tambah Haris lagi.

* * * * * * * * * * * *

5:00 petang
Alor Madi, Alor Star

Sesekali semilir angin barat meniup dedaun di sekitar tanah perkuburan. Afiq masih belum bergerak dari kuburan temannya yang masih merah basah itu. Haruman kemboja menusuk sampai ke dalam hidung. Suasana di tanah perkuburan itu pun sudah sunyi sepi dari bayang manusia. Ramai yang sudah pulang.

Namun, Afiq masih lagi di situ menahan rasa jiwanya yang bergelora. Dia masih merasakan dirinya amat berdosa kepada teman baiknya itu. Kisah lampau masih bermain-main difikirannya. Terbayang di matanya saat-saat bersama sahabat karibnya itu. Afiq begitu nakal terhadap Shidi, selalu dibuli temannya itu sejak di bangku sekolah lagi. Kekadang sampai menangis Shidi diperlakukannya. Namun, Shidi masih sudi untuk berkawan dengannya. Tenang betul orang yang bernama Shidi itu.

Shidi.. Maafkan diriku ini.. Yang telah banyak menyusahkan dirimu.. Ampunkanlah diriku..

* * * * * * * * * *

Setahun sudah berlalu.. namun hatinya masih digigit pilu dan rasa bersalah terhadap teman baiknya itu..kenangannya itu bagai semalam sahaja berlaku..

Shidi, kau pergi tanpa meninggalkan apa-apa tanda..Bukan kerana penyakit.. Tenang betul pemergianmu ini..Moga kau akan sentiasa mendapat rahmat Allah di sana..Shidi...kau maafkanlah temanmu ini..teman yang banyak melakukan kesalahan terhadapmu..ampunkan aku Shidi..Ya Allah! Maafkan segala keterlajuran dari segala sikapku yang kurang sopan terhadap dirinya..maafkan aku..

Bagaimana dapat ku lupa
Pada angin pagi yang berdesir
Kerana kau ada bersamanya
Membias diriku dengan selaut kenangan

Bagaimana akan ku lupa
Pada getaran seakan menggulir ingatan
Mengajar erti sejuta rahsia
Yang masih tersimpuh abadi dalam sukma

Bagaimana mampu aku pinggirkan
Pada sobekkan kata-katamu
Menampar derap di rongga telingaku
Yang tak pernah aku endahkan

Bagaimana untuk ku abaikan
Pada haruman kemboja di pusara
Yang disisip sela semilir angin barat
Masih terasa hingga sekarang

Bagaimana akan ku ungkapkan
Pada setiap dosa dan nodaku
Ibarat belati menghiris jiwamu
Mengharapkan kau ampunkan segalanya

Afiq munutup semula diari yang sudah ditatapinya sekian lama, sajak itu selalu diintai dan dibaca setiap malam sebelum dia tidur kerana ianya akan mengingatkan dirinya kepada teman baiknya, Shidi. Kawan yang banyak menasihatinya, dialah kawan yang membantunya mengenal dirinya yang sebenar. Shidi, adakah aku sudah terlambat untuk mengungkapkan ucapan terima kasihku kepadamu?

My Friend
You’re open and honest
Loyal and true
And when we’re together
I can be myself with you

You have a way of caring
That shows in all you do
There’s no one in this world
Who is a better friend than you.

“Hargailah bila bersahabat, sayangilah bila bersama, maafkanlah bila terluka, rinduilah bila berjauhan, fahamilah bila keliru, nasihatilah bila terleka, tegurilah bila tersilap, ingatilah bila kesunyian”

sumber: drp kenalan internet

0 0 komen terbaek!!:

Click for Support Me!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rajin-Rajin Komen Entri Misszue:)

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Tolong Klik Dapat Pahala!