"Sesungguhnya Yang Baik Dari Allah,Yang Buruk Dari Diri Ini Sendiri"


Saturday, February 25

Diari Cintaku~Part 2

Diari Cintaku~By Misszue 


sumber: ihsan google

Part 2

Seminggu lepas itu, aku dan dia berbuka di McD dekat shopping complex berhampiran dengan kolejku. Secara kebetulan, kami terserempak dengan kawannya. Kecil sungguh dunia ini. Sebenarnya, perhubungan kami masih tidak diketahui oleh rakan-rakan terdekat aku mahupun dia. Kononnya kami ingin rahsiakan perhubungan kami daripada pengetahuan sesiapa. “Biarlah rahsia.”, bak kata Siti Nurhaliza,penyanyi nombor satu negara kita tu.

Nak tak nak kami terpaksa menyapa kawan-kawannya walaupun tanpa kerelaan kami. Panjang dan nenek panggilan yang diberi oleh teman istimewaku a.k.a boyfriend kepada kawan-kawannya. Geli pulak rasanya nak sebut perkataan “boyfriend’’ dan “teman istimewa” tu. Macam merenyam semacam. Gatai sangat lah sedang makanku pon masih disuap oleh mama dan papaku.


“ Oiii pakcik, ape ko buat kat sini hah?? Patutla kitorang ajak ko keluar, macam-macam alasan ko ek??”, kata nenek sambil mengangkat-angkat kening dan seperti memberi isyarat kepada boyfriendku dan bertanya secara indirect siapa aku.

“Ntahnye pakcik, ko dating ekkkk? Sejak bila ko ade awek ni bukan ke ko tu ulat buku!”, tambah si panjang pula. Aku hanya mendengar perbualan mereka walaupun terdetik rasa curiga tentang status dirinya. Student ke dia?

Panjang dan nenek adalah pasangan bercinta seperti aku dan dia juga. Nama panjang sebenarnya adalah azroy dan manakala nenek adalah mimi. Azroy ni seorang yang tinggi lampai,disebabkan fizikalnya yang tinggilah kawan-kawan memanggil dengan nama glamor si panjang. Panjang macam galah la katakan. Manakala mimi pula, mulutnya yang seperti mak nenek mengalahkan ‘murai tercabut ekor’ dan disebabkan itulah dia digelar nenek. Kesian dia,muda-muda dah jadi nenek.Apa boleh buat.

“ Aaakuu, aakku..erm kenalkan,Nora ehem ehem aku”, kata boyfriendku yang malu-malu kucing. Haha. Nak tergelak bila lihat muka dia merah padam disebabkan malu. Aku pon malu.Serius malu beb. Tapi apa nak buat.Dah terkantoi.Layankan ajelah.
“ Boleh kitorang join?”, kata mimi a.k.a nenek.

Dia memandang ke arahku isyarat tanya samada aku ok ke tak? Aku? Emm sambil tersenyum paksa, aku mengangguk sebagai tanda merelakan.Padahal, dalam hati ni Tuhan saja yang tahu. Saje je diorang nak kacau daun. Baru je nak romantik- romantik. Potong stim betulla. Hishh teruk betul aku ni bulan-bulan puasa pon nak romantik. Astagfirullahalazim.Sedarlah wahai diriku.

“ Eh! Pakcik,ko punya assignment Mandarin dah siap ke?”, Nenek bersuara. Pelik bunyi nya. Assignment ape? Bukan ke dia seorang posman. Hati mula gelisah seperti ada benda yang disembunyikan olehnya kepadaku. Ku pandang wajahnya, muka dah tak boleh blah dah.. Memang sah ada benda yang disorokkan.Aiii bengang sungguh rasanya.Pantang aku orang menipu ni.Ada jugak yang makan hati berulam jantung karang.Tapi imanku masih kuat. Aku sabar je. Dengar je ape yang dia nak jawab.

“ Nanti la sembang pasal tu,” Jawabnya sambil buat isyarat kepada nenek supaya tidak meneruskan perbualan mereka. Aii dah lebih ni. Nampak sangat ada benda yang nak disembunyikan.

“Kenapa?? Nora tak tahu ke ko belajar?”, Hah kantoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Dah tau mulut nenek mulut tempayan lagi nak sorok.  Aku sabar je. ‘Takpe!takpe! Sabar Sabar’, Aku cuba menyabarkan diri. Bakat berlakon aku memang ada.Kalau diasah memang boleh jadi superstar dah aku ni.Aku memang berlakon sehabis baik je depan dia dan kawan-kawannya. Aku nak jaga air muka dia. Rilek. Rilek.Tengok betapa aku ni berbudi bahasa.Dalam hati ini, ‘Siaplah ko jap ag aku basuh! Kasi clorox sekali’,.

Panjang dari tadi mendiamkan diri.Sama seperti aku.Kelihatan Nenek dan boyfriendku yang banyak bercerita. Aku memang ambil langkah untuk mendiamkan diri.Maklumla orang dah sakit hati.Kang banyak cakap ada pulak yang makan hati kang.Better aku diam. Dia dah gelisah. Rahsia dah bocor la katakan.Panas punggung la tu..Ermmmm.
“Pakcik, jom kita beli makanan,jap lagi dan nak masuk waktu berbuka.” Ajak panjang. Dia tanya aku ape yang aku nak jamah untuk berbuka. Aku mengatakan aku ikot ja apa yang dia order. Tinggallah aku dan nenek dimeja. Manakala dia dan panjang beratur di kaunter McD untuk membeli makanan kami. Ini lah masanya aku nak korek rahsia. 

********
        Aku dan Mimi berborak rancak. Macam-macam aku tanya.Macam-macam info  tentang aku dapat. Sah! Dia memang sedang menipu aku. Dalam senyumanku, kegeraman didalam hati ku tahan. Aku kan profesional. Jap lagi siap aku settlekan dia. Dari kejauhan, aku nampak dia seperti gelisah. Asyik memandang ke arahku. Tapi aku hanya memberi senyuman yang manis untuknya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Biasalah ada bakat berlakon kan!.

‘Betul! Betul!Betul!’,bunyi mesejku ringtone Upin Ipin.
1 message receive from Mylove’, Mesej yang dipaparkan di telefon bimbit Samsung ku.

Aikk! Dia mesej aku? Kenapa pulak? Aku segera membuka dan membaca mesejnya sambil aku pandang ke arahnya. Kelihatan mukanya nampak bersalah sangat.

“ Awak sembang ape ngan nenek tu,” tanya dia dalam mesej tersebut.

“ Takde ape-apela, kenapanya?,” balasku

“Nanti saya explain ye sayang,jangan marah ye sayang”, balasnya pula.

“Aiii nak explain ape nye pulak nie.Ade buat salah ngan saya ke awak?”, balasku sambil memerlinya.Terus dia tak balas mesej terakhirku kerana telah sampai gilirannya untuk meng’order’ makanan kami.

        Sejurus selesai membeli makanan, dia dan panjang mengambil tempat bertentangan dengan kami. Kedudukan ku dan dia mengadap antara satu sama lain.Pandangannya kepadaku seperti orang ingin meraih simpati. Aku berlagak seperti biasa. Dia hanya memandangku. Tak lama selepas itu,kedengaran azan magrib berkumandang menandakan telah masuk waktu berbuka. Dia membacakan doa berbuka mengimamkan kami. Imam? Eh dan macam nak solat pulak. Kami berbuka dengan segera kerana itu lebih baik dari melengah-lengahkan waktu berbuka.Usai berbuka puasa. Aku dan dia meminta diri untuk ke surau bagi menunaikan solat magrib.Manakala panjang dan nenek akan menyusul kemudian.

********
        Sebaik saja kami berada jauh dari restoran McD tersebut. Aku terus jalan menonong laju ke depan. Panas hati ni.Tadi tu bersabar je. Aku berjalan dengan laju dan tinggalnya di belakang. Dengan pantas dia menarik tangan ku.

“ Kita settle lepas solat jap lagi,” Kataku dengan serius. Muka memang serius tahap cipanzi la. Bengang kot orang menipu. Ingat kita ni ape.Suka hati je nak memain-main. Kemain lagi cakap jujur.Huh!

“Sayang, maafla”,katanya.

“Saya maafkan”, kataku dengan muka serius yang sebenarnya dia tahu aku marah.

“Jom solat jap ag abis pulak waktu”, Kataku lagi

“Oklah”,balasnya.

        Selesai solat magrib, aku saja melengah-lengahkan masa untuk bersiap dan keluar dari surau untuk berjumpa dengannya. Ikutkan hati aku blah je tinggal dia sorang-sorang kat shopping complex tu.Baru padan muka dia.Tapi tak sampai hati pulak. Kang macam orang gila pulak dia mencari aku.

‘Betul! Betul!Betul!’,bunyi mesejku ringtone Upin Ipin. Sah! Mesej darinya.

“Tak siap lagi ke sayang?”, mesej dari nya.

“Dah!”, Jawabku sepatah.

Aku keluar dari surau dan terus nampak mukanya. Dia tunggu betul-betul berdepan pintu keluar. Aii takut aku lari tinggal dia ke? Detik hatiku. Emm macam tau-tau je dia ni niat aku tadi.

“ Saya ingat awak dah balik tinggalkan saya,” tegurnya apabila aku betul-betul berada dihadapannya.

“Nak saya wat cam tu ke?”,balasku

“Taknak ..Taknak!”, katanya sambil mengeleng-geleng kepala seperti budak kecil yang taknak buat lagi kesalahan apabila dimarah ibunya.Lucu pulak tengok dia macam tu.Tapi aku keraskan hati.Ketat je muka aku ketika tu.

     Kami berjalan beriringan tanpa sepatah kata. Suasana dingin menyelubungi diri kami.

“Sayangggg..” panggilnya. “Janganlah macam ni”, katanya

“Ermmmmm...”, tu je yang aku mampu aku lakukan ketika itu.

“Jom balik”, Tambahku.

“Tak boleh!!!”,katanya tegas.

“Kenapa?” balasku.

“Apapon kita kena selasaikan masalah kita dulu”,katanya lagi.

“Ada masalah ke kita ni?” Balasku lagi.Ayat nak perli je.Biasala aku.Kalau geram perli jelah aku kerjanya.Nak bagi dia sakit hati.

“Sayanggg, saya mintak maaf.Saya tak berniat nak menipu awak. Ada sebab saya buat macam tu,”.Katanya dengan bersungguh sambil menarik tanganku.

“Alamakkkkkkk!!!”, Katanya dengan terkejut.

“Kenapa?????”, tanyaku terpinga-pinga.Apa yang telah terjadi sebenarnya.

“Hehe..Dah batallah air sembahyang kita,” sambungnya.Sempat lagi dia buat lawak. Aku terus merentap tanganku.Mau tak.Aku terkejut.Ingat apa tadi. Tapi tadi memang aku nak tergelak jugak.Cuma ego tu yang buat aku keraskan hati.Bukan boleh kasi muka dekat dia.Kang dia pijak-pijak pulak aku masa akan datang.Fikirku. Aku berjalan dengan cepat ke depan. Dia kejar ku. Kali ni dia tarik tangan ku dan memberhentikan aku dari terus berjalan ke depan.Sekarang dia betul-betul berada dihadapanku.

        Tanpa sedar, air mataku bergenang di kelopak mataku. Emm cenggeng!!! Ya! Aku memang cenggeng! Aku geram sangat. Dia seperti tak fikir apa yang aku rasa dan apa yang aku fikir tentangnya. Kenapa dia nak menipu aku.Apa lagi dia menipuku. Jujur dan ikhlas kah dirinya terhadapku?Berbagai-bagai persoalan yang bermain difikiranku ketika itu. Terasa sebak didada. Hanya Allah yang tahu ape yang bermain fikiranku.

“Sayang, sorry. Sorry..sorry,” merayu dia menghalang aku untuk terus pergi.

“Awak main-mainkan dengan saya? Apa niat awak yang sebenarnya? Awak sebenarnya tak ikhlas kan dengan saya? Ape salah saya pada awak?”, bertalu-talu soalan aku ajukan padanya. 

“Awak..bukan bukan..bukan macam tu,” jawabnya.”Sayang, pleaseee dengar dulu apa saya nak explain ni”,tambahnya.

“Apa awak nak tipu saya lagi?.Cukup la tu.Saya dah tahu semuanya pasal awak.Konon posman!!.Padahal awak tu student sekarangkan!! Amik degree kan! Pastu awak duduk bukan Shah Alam kan?! Awak stay Bangi kan? No wonder la tadi awak datang cepat je. Bodoh saya ni! Percayakan awak? Sedangkan awak suka hati je buat saya macamni”,bebelku kepadanya.

*********
Aku tekad! Aku nak balik ke kolej kediamanku sendiri.Aku nak amik cab je terus kolej.Aku berlalu. Tapi dia tahan aku. Tarik aku ke suatu sudut yang terdapat kerusi rehat. Dia paksa aku duduk di kerusi tersebut.
“Sayang, sumpah dengan nama Allah! Saya ikhlas dan jujur sayangkan awk! Tapi saya mengaku saya bersalah tentang hal tu? Sumpah saya takde tipu dah selain status kerja, tempat tinggal dan....”, terangnya kepadaku.

“Dan apa??”, potongku.Bila kelihatan dia teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya.

“Dan saya menipu pasal umor saya.Sebenarnya umur saya bukan 27.Saya tua setahun je dari awak, 25 baru.”,terangnya lagi. “ Awak tak percaya,nah.. ic saya!”, tambahnya.

        Aku rampas kad pengenalannya.Aku ingin memastikan nama,dan umurnya samada betul atau pon tidak!.

“Apa motif awak menipu saya tentang semua tu?”,tanyaku lagi.

“Saya memang berniat nak terus terang tapi saya tunggu masa yang sesuai,tak sangka pulak boleh terserempak dengan nenek dan panjang tu, tak pasal-pasal kantoi,” jawabnya.

“Jadi kalau kita tak terserempak dengan diorang,bila awak plan nak terus-terang?”,tanyaku.

“Sebelum kita balik cuti raya saya nak terus-terang.Tak sangka semua ni berlaku dengan pantas.”,jawabnya. “Saya mintak maaf wak. Saya janji lepas ni takkan ade lagi tipu-tipu ni. Tolongla sayang.pleaseeee sayang. pleaseee”,tambahnya.

“Emmm...”, Aku tak tahu apa yang patut aku lakukan.Patutkah aku bagi peluang kedua kepadanya.Menipu ni small matter ke? Kalau aku teruskan amarahku adekah ia memberi kesan positif. Dah sah- sah la tak! Sure la hubungan kami berakhir setakat tu.Takkan dah nak putus.Kan baru je nak mula.Huh! Peningggg!!!.Aku diam membisu.Sambil memikirkan keputusan yang terbaik untuk aku ambil.

“Sayang.. kenapa diam ni??jangan la macam ni.At least say something sayang..”, Dia mula gelisah kerana aku membatukan diri.Hampir setengah jam aku membatukan diri. Cuma air mata je tak tahu malu mengalir perlahan. 

        Takpe! Aku bagi peluang kedua. Mungkin ni peluang terakhir untuk dirinya. Fikirku.

“Yelah, saya maafkan awak..tapi janji jangan buat lagi k.”, aku bersuara.

        Tiba-tiba dia menjerit.”Yessssssssss!”, dia seolah-olah melompat kegembiraan kerana aku beri peluang kedua kepadanya. Hishhh.. malu kat orang je. Dia lupa agaknya kami masih di shopping complex yang penuh dengan manusia yang ntah datang dari mana.Panas je muka aku ketika itu.Terasa darah naik ke muka.Tebal 14 inci dah muka ni.Mana tak nya, ada ke patut menjerit dekat tengah ramai orang. Kang orang kata, ‘gila ke ape pakwe dia ni’.Tak ke naya dapat title gila. 


 Bersambung....

p/s: cerita ini tiada kene mengena antara hidup mahupon yang telah tiada.Hanya imiginasi semata-mata

10 0 komen terbaek!!:

H.K.L said...

bersambung pulak? agak-agak lelaki tu betul ikhlas atau tipu je kan?? hurrmmm..

Miss Zue said...

haha.wanni..nak stopkan cinta asalnya.pastu idea dtg mencurah2 pulak.kalau stop cam tergantung sgt.nak taip..panjang lagi la pulak..hurmm aggap jek ni novel.hihi

Puteri Kayangan?@#$%???? said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ..mulut umi terngaga la baca ni ..ni novel ke apa dear ..


ni buat suspens ni dear ..best la jalan cerita ..ada bakat ni ...serius tau

Miss Zue said...

Umiiiiiiiiiii waaaaaaaaaaa thx sebab dtg singgah dan baca..appreaciate sgt..tula mula2 nak wat cerpen cerita pendek jek.pastu,bila menaip jek byk pulak idea dtg.nak kene smbung sbb da penat menaip.terpaksa wat part 3 pulak..hehe

Domu-kon said...

nanti misz domu baca sampai habes..ni baca separuh je..hehehehe..

sebab misz domu dah hilang fokus...

peace yooh..keep it up dear

mirmashi94 said...

hehe . besh laa pulak baca :) . haihh >.< kena pikir dua kali jugakk nk caye ni .

Miss Zue said...

misz domu: thx sgt my dear sbb sudi baca misszue punye penulisan ni..1st time menulis ni..banyak ase nye ksilapan yg misszue buat..hehe btw appreaciate sgt krn sudi baca..



mirmashi94:
yeke best.hehe thx my dear..klu ade yg perlu improve gtau tau!..thx sgt2 sebab sudi luangkan masa untuk membaca..hehe:)

Apekepelik said...

Wah..Tercabot bulu kaki Aku Membacenye..:P

Miss N™ said...

fuhh..tgk syok2 sambung lak dah..!!

bila sambungannya nihh!

sori miss zue, cik nur beru bkesempatan baca.. :)

Miss Zue said...

Apekepelik:- Ijoi, ko baca sambil cabut bulu kaki ek??hahahahah




ciknur:-

Misszue bz skg ni.Huhu.Malam2 skg ni mengajar.adoii nnti ujung mggu la miggu smbung.. Bila dah siap novel ni baru misszue publish.Jawannye hold dulu. hehe..

Click for Support Me!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rajin-Rajin Komen Entri Misszue:)

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Tolong Klik Dapat Pahala!