p/s: cerita ini tiada kene mengena antara hidup mahupon yang telah tiada.Hanya imiginasi semata-mata
Saturday, February 25
Diari Cintaku~Part 2
Diari Cintaku~By Misszue
sumber: ihsan google
Part
2
Seminggu
lepas itu, aku dan dia berbuka di McD dekat shopping complex berhampiran
dengan kolejku. Secara kebetulan, kami terserempak dengan kawannya. Kecil
sungguh dunia ini. Sebenarnya, perhubungan kami masih tidak diketahui oleh
rakan-rakan terdekat aku mahupun dia. Kononnya kami ingin rahsiakan perhubungan
kami daripada pengetahuan sesiapa. “Biarlah
rahsia.”, bak kata Siti Nurhaliza,penyanyi nombor satu negara kita tu.
Nak tak nak
kami terpaksa menyapa kawan-kawannya walaupun tanpa kerelaan kami. Panjang dan
nenek panggilan yang diberi oleh teman istimewaku a.k.a boyfriend kepada kawan-kawannya.
Geli pulak rasanya nak sebut perkataan “boyfriend’’
dan “teman istimewa” tu. Macam merenyam semacam. Gatai sangat lah sedang
makanku pon masih disuap oleh mama dan papaku.
“ Oiii pakcik, ape ko buat kat
sini hah?? Patutla kitorang ajak ko keluar, macam-macam alasan ko ek??”, kata
nenek sambil mengangkat-angkat kening dan seperti memberi isyarat kepada
boyfriendku dan bertanya secara indirect
siapa aku.
“Ntahnye pakcik, ko dating
ekkkk? Sejak bila ko ade awek ni bukan ke ko tu ulat buku!”, tambah si panjang
pula. Aku hanya mendengar perbualan mereka walaupun terdetik rasa curiga
tentang status dirinya. Student ke
dia?
Panjang dan
nenek adalah pasangan bercinta seperti aku dan dia juga. Nama panjang
sebenarnya adalah azroy dan manakala nenek adalah mimi. Azroy ni seorang yang tinggi
lampai,disebabkan fizikalnya yang tinggilah kawan-kawan memanggil dengan nama
glamor si panjang. Panjang macam galah la katakan. Manakala mimi pula, mulutnya
yang seperti mak nenek mengalahkan ‘murai
tercabut ekor’ dan disebabkan itulah dia digelar nenek. Kesian dia,muda-muda
dah jadi nenek.Apa boleh buat.
“ Aaakuu, aakku..erm kenalkan,Nora
ehem ehem aku”, kata boyfriendku yang malu-malu kucing. Haha. Nak tergelak bila
lihat muka dia merah padam disebabkan malu. Aku pon malu.Serius malu beb. Tapi
apa nak buat.Dah terkantoi.Layankan ajelah.
“ Boleh kitorang join?”, kata
mimi a.k.a nenek.
Dia
memandang ke arahku isyarat tanya samada aku ok ke tak? Aku? Emm sambil
tersenyum paksa, aku mengangguk sebagai tanda merelakan.Padahal, dalam hati ni
Tuhan saja yang tahu. Saje je diorang
nak kacau daun. Baru je nak romantik-
romantik. Potong stim betulla. Hishh teruk betul aku ni bulan-bulan puasa
pon nak romantik. Astagfirullahalazim.Sedarlah wahai diriku.
“ Eh! Pakcik,ko punya assignment Mandarin dah siap ke?”, Nenek
bersuara. Pelik bunyi nya. Assignment ape?
Bukan ke dia seorang posman. Hati mula gelisah seperti ada benda yang
disembunyikan olehnya kepadaku. Ku pandang wajahnya, muka dah tak boleh blah dah.. Memang sah ada benda yang
disorokkan.Aiii bengang sungguh rasanya.Pantang aku orang menipu ni.Ada jugak
yang makan hati berulam jantung karang.Tapi
imanku masih kuat. Aku sabar je. Dengar je ape yang dia nak jawab.
“ Nanti la sembang pasal tu,”
Jawabnya sambil buat isyarat kepada nenek supaya tidak meneruskan perbualan mereka.
Aii dah lebih ni. Nampak sangat ada benda yang nak disembunyikan.
“Kenapa?? Nora tak tahu ke ko
belajar?”, Hah kantoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Dah tau mulut nenek mulut tempayan
lagi nak sorok. Aku sabar je. ‘Takpe!takpe!
Sabar Sabar’, Aku cuba menyabarkan diri. Bakat berlakon aku memang ada.Kalau
diasah memang boleh jadi superstar
dah aku ni.Aku memang berlakon sehabis baik je depan dia dan kawan-kawannya.
Aku nak jaga air muka dia. Rilek. Rilek.Tengok betapa aku ni berbudi
bahasa.Dalam hati ini, ‘Siaplah ko jap ag aku basuh! Kasi clorox sekali’,.
Panjang dari
tadi mendiamkan diri.Sama seperti aku.Kelihatan Nenek dan boyfriendku yang
banyak bercerita. Aku memang ambil langkah untuk mendiamkan diri.Maklumla orang
dah sakit hati.Kang banyak cakap ada
pulak yang makan hati kang.Better aku diam. Dia dah gelisah. Rahsia
dah bocor la katakan.Panas punggung
la tu..Ermmmm.
“Pakcik, jom kita beli
makanan,jap lagi dan nak masuk waktu berbuka.” Ajak panjang. Dia tanya aku ape
yang aku nak jamah untuk berbuka. Aku mengatakan aku ikot ja apa yang dia order. Tinggallah aku dan nenek dimeja.
Manakala dia dan panjang beratur di kaunter McD untuk membeli makanan kami. Ini
lah masanya aku nak korek rahsia.
********
Aku dan Mimi berborak rancak. Macam-macam aku
tanya.Macam-macam info tentang
aku dapat. Sah! Dia memang sedang menipu aku. Dalam senyumanku, kegeraman
didalam hati ku tahan. Aku kan profesional. Jap lagi siap aku settlekan dia. Dari kejauhan, aku nampak dia seperti gelisah. Asyik
memandang ke arahku. Tapi aku hanya memberi senyuman yang manis untuknya
seperti tiada apa-apa yang berlaku. Biasalah ada bakat berlakon kan!.
‘Betul! Betul!Betul!’,bunyi
mesejku ringtone Upin Ipin.
‘
1 message
receive from Mylove’, Mesej yang dipaparkan di telefon bimbit Samsung ku.
Aikk! Dia mesej aku? Kenapa
pulak? Aku segera membuka dan membaca mesejnya sambil aku pandang ke arahnya. Kelihatan
mukanya nampak bersalah sangat.
“ Awak sembang ape ngan nenek
tu,” tanya dia dalam mesej tersebut.
“ Takde ape-apela, kenapanya?,”
balasku
“Nanti saya explain ye sayang,jangan marah ye sayang”,
balasnya pula.
“Aiii nak explain ape nye pulak nie.Ade buat salah ngan saya ke awak?”,
balasku sambil memerlinya.Terus dia tak balas mesej terakhirku kerana telah
sampai gilirannya untuk meng’order’
makanan kami.
Sejurus
selesai membeli makanan, dia dan panjang mengambil tempat bertentangan dengan
kami. Kedudukan ku dan dia mengadap antara satu sama lain.Pandangannya kepadaku
seperti orang ingin meraih simpati. Aku berlagak seperti biasa. Dia hanya
memandangku. Tak lama selepas itu,kedengaran azan magrib berkumandang
menandakan telah masuk waktu berbuka. Dia membacakan doa berbuka mengimamkan
kami. Imam? Eh dan macam nak solat pulak. Kami berbuka dengan segera kerana itu
lebih baik dari melengah-lengahkan waktu berbuka.Usai berbuka puasa. Aku dan
dia meminta diri untuk ke surau bagi menunaikan solat magrib.Manakala panjang
dan nenek akan menyusul kemudian.
********
Sebaik saja kami berada jauh dari restoran McD tersebut. Aku
terus jalan menonong laju ke depan.
Panas hati ni.Tadi tu bersabar je. Aku berjalan dengan laju dan tinggalnya di
belakang. Dengan pantas dia menarik tangan ku.
“ Kita settle lepas solat jap lagi,” Kataku dengan serius. Muka memang
serius tahap cipanzi la. Bengang kot
orang menipu. Ingat kita ni ape.Suka hati je nak memain-main. Kemain lagi cakap
jujur.Huh!
“Sayang, maafla”,katanya.
“Saya maafkan”, kataku dengan
muka serius yang sebenarnya dia tahu aku marah.
“Jom solat jap ag abis pulak
waktu”, Kataku lagi
“Oklah”,balasnya.
Selesai solat magrib, aku saja melengah-lengahkan masa untuk
bersiap dan keluar dari surau untuk berjumpa dengannya. Ikutkan hati aku blah je tinggal dia sorang-sorang kat shopping
complex tu.Baru padan muka dia.Tapi tak sampai hati pulak. Kang macam orang gila pulak dia mencari aku.
‘Betul! Betul!Betul!’,bunyi
mesejku ringtone Upin Ipin. Sah!
Mesej darinya.
“Tak siap lagi ke sayang?”,
mesej dari nya.
“Dah!”, Jawabku sepatah.
Aku keluar dari
surau dan terus nampak mukanya. Dia tunggu betul-betul berdepan pintu keluar.
Aii takut aku lari tinggal dia ke? Detik hatiku. Emm macam tau-tau je dia ni
niat aku tadi.
“ Saya ingat awak dah balik
tinggalkan saya,” tegurnya apabila aku betul-betul berada dihadapannya.
“Nak saya wat cam tu ke?”,balasku
“Taknak ..Taknak!”, katanya
sambil mengeleng-geleng kepala seperti budak kecil yang taknak buat lagi
kesalahan apabila dimarah ibunya.Lucu pulak tengok dia macam tu.Tapi aku
keraskan hati.Ketat je muka aku ketika tu.
Kami berjalan beriringan tanpa sepatah kata. Suasana dingin
menyelubungi diri kami.
“Sayangggg..” panggilnya. “Janganlah
macam ni”, katanya
“Ermmmmm...”, tu je yang aku
mampu aku lakukan ketika itu.
“Jom balik”, Tambahku.
“Tak boleh!!!”,katanya tegas.
“Kenapa?” balasku.
“Apapon kita kena selasaikan
masalah kita dulu”,katanya lagi.
“Ada masalah ke kita ni?” Balasku
lagi.Ayat nak perli je.Biasala aku.Kalau geram perli jelah aku kerjanya.Nak
bagi dia sakit hati.
“Sayanggg, saya mintak
maaf.Saya tak berniat nak menipu awak. Ada sebab saya buat macam tu,”.Katanya
dengan bersungguh sambil menarik tanganku.
“Alamakkkkkkk!!!”, Katanya
dengan terkejut.
“Kenapa?????”, tanyaku
terpinga-pinga.Apa yang telah terjadi sebenarnya.
“Hehe..Dah batallah air
sembahyang kita,” sambungnya.Sempat lagi dia buat lawak. Aku terus merentap
tanganku.Mau tak.Aku terkejut.Ingat apa tadi. Tapi tadi memang aku nak tergelak
jugak.Cuma ego tu yang buat aku keraskan hati.Bukan boleh kasi muka dekat
dia.Kang dia pijak-pijak pulak aku masa akan datang.Fikirku. Aku berjalan
dengan cepat ke depan. Dia kejar ku. Kali ni dia tarik tangan ku dan
memberhentikan aku dari terus berjalan ke depan.Sekarang dia betul-betul berada
dihadapanku.
Tanpa sedar, air mataku bergenang di kelopak mataku. Emm cenggeng!!! Ya! Aku memang cenggeng! Aku geram sangat. Dia seperti
tak fikir apa yang aku rasa dan apa yang aku fikir tentangnya. Kenapa dia nak
menipu aku.Apa lagi dia menipuku. Jujur dan ikhlas kah dirinya
terhadapku?Berbagai-bagai persoalan yang bermain difikiranku ketika itu. Terasa
sebak didada. Hanya Allah yang tahu ape yang bermain fikiranku.
“Sayang, sorry. Sorry..sorry,”
merayu dia menghalang aku untuk terus pergi.
“Awak main-mainkan dengan
saya? Apa niat awak yang sebenarnya? Awak sebenarnya tak ikhlas kan dengan
saya? Ape salah saya pada awak?”, bertalu-talu soalan aku ajukan padanya.
“Awak..bukan bukan..bukan
macam tu,” jawabnya.”Sayang, pleaseee dengar dulu apa saya nak explain ni”,tambahnya.
“Apa awak nak tipu saya
lagi?.Cukup la tu.Saya dah tahu semuanya pasal awak.Konon posman!!.Padahal awak
tu student sekarangkan!! Amik degree kan! Pastu awak duduk bukan Shah
Alam kan?! Awak stay Bangi kan? No wonder la tadi awak datang cepat je.
Bodoh saya ni! Percayakan awak? Sedangkan awak suka hati je buat saya macamni”,bebelku
kepadanya.
*********
Aku tekad!
Aku nak balik ke kolej kediamanku sendiri.Aku nak amik cab je terus kolej.Aku berlalu. Tapi dia tahan aku. Tarik aku ke
suatu sudut yang terdapat kerusi rehat. Dia paksa aku duduk di kerusi tersebut.
“Sayang, sumpah dengan nama
Allah! Saya ikhlas dan jujur sayangkan awk! Tapi saya mengaku saya bersalah
tentang hal tu? Sumpah saya takde tipu dah selain status kerja, tempat tinggal
dan....”, terangnya kepadaku.
“Dan apa??”, potongku.Bila
kelihatan dia teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya.
“Dan saya menipu pasal umor
saya.Sebenarnya umur saya bukan 27.Saya tua setahun je dari awak, 25 baru.”,terangnya
lagi. “ Awak tak percaya,nah.. ic saya!”, tambahnya.
Aku rampas kad pengenalannya.Aku ingin memastikan nama,dan
umurnya samada betul atau pon tidak!.
“Apa motif awak menipu saya
tentang semua tu?”,tanyaku lagi.
“Saya memang berniat nak terus
terang tapi saya tunggu masa yang sesuai,tak sangka pulak boleh terserempak
dengan nenek dan panjang tu, tak pasal-pasal kantoi,” jawabnya.
“Jadi kalau kita tak
terserempak dengan diorang,bila awak plan nak terus-terang?”,tanyaku.
“Sebelum kita balik cuti raya
saya nak terus-terang.Tak sangka semua ni berlaku dengan pantas.”,jawabnya. “Saya
mintak maaf wak. Saya janji lepas ni takkan ade lagi tipu-tipu ni. Tolongla
sayang.pleaseeee sayang. pleaseee”,tambahnya.
“Emmm...”, Aku tak tahu apa
yang patut aku lakukan.Patutkah aku bagi peluang kedua kepadanya.Menipu ni small matter ke? Kalau aku teruskan
amarahku adekah ia memberi kesan positif. Dah sah- sah la tak! Sure la hubungan kami berakhir setakat
tu.Takkan dah nak putus.Kan baru je nak mula.Huh! Peningggg!!!.Aku diam
membisu.Sambil memikirkan keputusan yang terbaik untuk aku ambil.
“Sayang.. kenapa diam
ni??jangan la macam ni.At least say
something sayang..”, Dia mula gelisah kerana aku membatukan diri.Hampir
setengah jam aku membatukan diri. Cuma air mata je tak tahu malu mengalir
perlahan.
Takpe! Aku bagi peluang kedua. Mungkin ni peluang terakhir
untuk dirinya. Fikirku.
“Yelah, saya maafkan
awak..tapi janji jangan buat lagi k.”, aku bersuara.
Tiba-tiba dia menjerit.”Yessssssssss!”, dia seolah-olah
melompat kegembiraan kerana aku beri peluang kedua kepadanya. Hishhh.. malu kat
orang je. Dia lupa agaknya kami masih di shopping
complex yang penuh dengan manusia yang ntah datang dari mana.Panas je muka
aku ketika itu.Terasa darah naik ke muka.Tebal 14 inci dah muka ni.Mana tak
nya, ada ke patut menjerit dekat tengah ramai orang. Kang orang kata, ‘gila ke
ape pakwe dia ni’.Tak ke naya dapat title
gila.
Bersambung....
p/s: cerita ini tiada kene mengena antara hidup mahupon yang telah tiada.Hanya imiginasi semata-mata
p/s: cerita ini tiada kene mengena antara hidup mahupon yang telah tiada.Hanya imiginasi semata-mata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 0 komen terbaek!!:
bersambung pulak? agak-agak lelaki tu betul ikhlas atau tipu je kan?? hurrmmm..
haha.wanni..nak stopkan cinta asalnya.pastu idea dtg mencurah2 pulak.kalau stop cam tergantung sgt.nak taip..panjang lagi la pulak..hurmm aggap jek ni novel.hihi
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ..mulut umi terngaga la baca ni ..ni novel ke apa dear ..
ni buat suspens ni dear ..best la jalan cerita ..ada bakat ni ...serius tau
Umiiiiiiiiiii waaaaaaaaaaa thx sebab dtg singgah dan baca..appreaciate sgt..tula mula2 nak wat cerpen cerita pendek jek.pastu,bila menaip jek byk pulak idea dtg.nak kene smbung sbb da penat menaip.terpaksa wat part 3 pulak..hehe
nanti misz domu baca sampai habes..ni baca separuh je..hehehehe..
sebab misz domu dah hilang fokus...
peace yooh..keep it up dear
hehe . besh laa pulak baca :) . haihh >.< kena pikir dua kali jugakk nk caye ni .
misz domu: thx sgt my dear sbb sudi baca misszue punye penulisan ni..1st time menulis ni..banyak ase nye ksilapan yg misszue buat..hehe btw appreaciate sgt krn sudi baca..
mirmashi94:
yeke best.hehe thx my dear..klu ade yg perlu improve gtau tau!..thx sgt2 sebab sudi luangkan masa untuk membaca..hehe:)
Wah..Tercabot bulu kaki Aku Membacenye..:P
fuhh..tgk syok2 sambung lak dah..!!
bila sambungannya nihh!
sori miss zue, cik nur beru bkesempatan baca.. :)
Apekepelik:- Ijoi, ko baca sambil cabut bulu kaki ek??hahahahah
ciknur:-
Misszue bz skg ni.Huhu.Malam2 skg ni mengajar.adoii nnti ujung mggu la miggu smbung.. Bila dah siap novel ni baru misszue publish.Jawannye hold dulu. hehe..
Post a Comment